PDRM sahkan sedang siasat akaun @Khalids bawah tiga akta.

Kuala Lumpur, 9 Oktober: Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh kementerian kesihatan malaysia berhubung ciapan pemilik akaun twitter khalid @khalids yang didakwa mengandungi kenyataan tidak benar mengenai senarai 41 kemat1an guru disebabkan oleh vaksin.

Dalam satu kenyataan, PDRM mengesahkan ciapan yang dimuat naik pada 8 oktober 2021 itu mempunyai 52 retweets, 1168 quote tweets dan 70 likes mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas warganet.


Tambah kenyataan itu lagi, siasatan dijalankan di bawah seksyen 500 kanun keseks@an kerana memf1tnah, seksyen 505 (c) , kanun keseks@an kerana dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau melakukan sesuatu kes@lahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 iaitu peny@lahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai supaya cakna dan peka terhadap pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Orang ramai juga digesa untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegent@ran awam serta menggug@t keharmonian negara.

Tindakan teg@s tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. ” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh
Dato’ Seri Abdul Jalil bin Hassan, Pengarah jabatan siasatan jen@yah PDRM.

Pada perkembangan yang sama, Buletin TTKM mendapati akaun @Khalids kembali aktif setelah ‘hilang’ di twitter semalam dipercayai dinyahaktif sementara.

Ciapan beliau yang menjadi kontr0versi itu boleh dicapai di bawah :

-Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.