Rentas negeri : SJR ditutup tengah malam ini, pemeriksaan rawak dilaksanakan. – KPN

Kuala Lumpur, 10 Oktober : Susulan pengumuman kerajaan bahawa aktiviti rentas negeri bagi golongan lengkap divaksinasi dibenarkan bermula 11 Oktober 2021, PDRM akan menutup sekatan-sekatan jalan raya di sempadan negeri bermula tengah malam ini.

Walau bagaimanapun, SJR di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan SJR OP Benteng dan SJR cegah jen@yah Keselamatan akan di kekalkan kata Dato’ Sri Acryl Sani, ketua polis negara dalam satu kenyataan.

Meskipun tiada sekatan jalan raya di sempadan negeri, PDRM akan tetap menggerakkan pasukan-pasukan pematuhan SOP bagi memastikan masyarakat sentiasa mengamalkan SOP.

“Pemeriksaan-pemeriksaan ini akan dijalankan oleh pihak berkuasa secara rawak di lokasi-lokasi tu Puan umum berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Masyarakat dinasihat supaya tidak mengambil lewa terhadap kelonggaran pergerakan yang telah diberikan dan sentiasa mengamalkan tahap pematuhan SOP yang tinggi demi mengelakkan penularan wabak Covid-19 kembali meningkat.” katanya lagi.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri dalam satu sidang media khas mengumumkan rentas negeri dibenarkan bermula esok untuk individu yang lengkap dos vaksin. Ini berikutan 90% populasi dewasa sudah melengkapkan dos vaksinasi di seluruh negara. – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.