Tubuhkan juga ‘task force’ siasat kemat1an Beng Hock dan Altantuya- Kit Siang

Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 11 Oktober 2021

Pasukan tindakan siasatan kemat1an arwah Mohd Adib perlu juga menyiasat kemat1an Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, jika tidak, kerajaan Ismail Sabri ini akan dilihat sebagai mengamalkan amalan dwi standard

Pasukan tindakan untuk menyiasat punca kemat1an Petugas Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim perlu juga menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan Altantuya Shaariibuu, jika tidak, kerajaan Ismail Sabri ini akan dilihat sebagai mengamalkan amalan dwi standard.

Mesyuarat Kabinet yang akan datang juga perlu meluaskan terma rujukan pasukan tindakan ini untuk menyiasat kemat1an Teoh Beng Hock di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shah Alam, Selangor pada tahun 2009 dan juga kematian Altantuya pada tahun 2005.

Seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat semalam, Mohamad Hamdan Wahid, perlu ada mesej yang jelas kepada orang awam yang keselamatan penjawat awam, terutamanya petugas barisan hadapan, adalah salah satu keutamaan kerajaan dan perlu ada mesej yang jelas juga bahawa tidak ada agensi kerajaan atau mana-mana VIP yang boleh mengecilkan nyawa manusia di Malaysia dan bahawa Malaysia memandang serius perkara berkenaan kedaulatan undang-undang.

Kita tidak boleh biarkan sesiapa pun mempunyai sebarang keraguan mengenai nilai kehidupan manusia di Malaysia.

-Buletin TTKM-

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: