Wang zakat RM75k lesap: Bekas guru besar didakwa songlap

Seorang bekas guru besar sekolah rendah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan wang zakat berjumlah RM75,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamed Nor Azmi Darno, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh, lapor Kosmo!

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didakwa semasa kejadian sebagai guru besar sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh dekat sini telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curang menggunakan sumbangan zakat berjumlah keseluruhan RM75,000 daripada sebuah syarikat korporat.

Wang zakat itu telah digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak diagihkan kepada murid asnaf sekolah itu bagi program pemberian sumbangan Hari Raya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Saujana Utama antara 17 hingga 19 Jun 2019.

Justeru, dia yang kini ditempatkan di bahagian psikologi dan kaunseling di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bermula 1 Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum 2 tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat serta denda. -Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: