“Jantina saya sebagai wanita diterima Australia, saya bukan lari, tapi berhijrah” – Sajat

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam bur.uan, encik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia.

Nur Sajat memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika melakukan siaran secara langsung di akaun TikToknya, Nursajat23.

“Secara rasminya saya berada di Australia. Saya akan buka perniagaan dekat sini dan menjalani kehidupan seperti biasa di sini” katanya.

Tambah beliau lagi, dia bukanlah melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.

“Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan? ” katanya.

Mengulas mengenai status agamanya, Nur Sajat menegaskan dia masih seorang muslim sambill meminta semua pihak hormat menghormati antara satu sama lain.

“Saya rasa kalau saya masih Islam…biarlah kamu dengan Islam kamu. Ini lebih dihormati. Tak perlulah kamu nak menghakimi saya ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Nur Sajat juga menegaskan dia dalam perancangan untuk membuka perniagaan di negara berkenaan.

Selain itu, Sajat berkata dia sangat gembira berada di Australia kerana dia diterima sebagai jantina wanita selain dapat memakai apa sahaja yang disukainya.

“Saya sangat gembira sekarang. Saya gembira g1la-g1la. Saya boleh jadi diri saya. Saya boleh tenang kat sini. Tak ada gangguan… dan saya boleh pakai apa sahaja dekat sini, tiada masalah.

Jantina saya pun dah wanita kat sini diorang boleh terima, diorang periksa semua dari hujung kepala ke hujung kaki. ha kan! Jadi, saya tak perlu ragu-ragu lagi sekarang “

Sajad juga mengesahkan tidak akan lagi balik ke Malaysia.

“Sajad tak balik dah lepas ni sayang. Sajad sekarang berada di Australia. Anda nak datang, boleh datang sini, nanti datang kedai Sajat singgah. Tak beli tak mengapa, tengok je kedai kita, gitu!”

Sebelum ini misteri ‘kehilangan’ Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Pada 9 September lalu dia dit@han atas kesal@han memasuki Thailand secara tidak sah. Nur Sajat kemudian did@kwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan. -Buletin TTKM-

video:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.