Kuala Lumpur, 21 Okt: Setelah menerima kec@man segenap lapisan masyarakat, saluran televisyen Astro Warna akhirnya memohon maaf di atas kontroversi klip video daripada salah sebuah program terbitannya yang tular baru-baru ini.
Klip video daripada program Rumah No 107 itu menerima kec@man hebat di media sosial selepas seorang pelakon menceritakan adegan rog0l dalam sebuah filem dengan terperinci.
“Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini.
“Kami sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan s3ksual dan diskriminasi ke atas wanita, sama ada dari segi perbuatan mahupun tutur kata
“Kami memohon maaf atas sebarang keterlanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak dan sentiasa untuk lebih peka serta berhati-hati dalam setiap aspek pengisian kandungan program-program terbitan kami di masa hadapan,” kata Astro Warna dalam satu kenyataan hari ini yang disiarkan di laman berita Astro Awani.
Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Raja Farah selepas pendedahan babak r0gol yang tular menerusi Twitter sejak kelmarin.
“Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, saya tidak baik dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Buat mereka yang amat sensitif dan terkesan kerana video tersebut, suami Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
“Memang saya tiada niat langsung untuk mem@lukan sesiapa, kepada Raja Farah dan keluarganya, saya minta maaf,” kata Fauzi dalam nada kesal.
Raja Farah pula menyifatkan tindakan membicarakan babak berkenaan secara terbuka dengan menyebut namanya, sebagai mengaibkan dan tidak menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang wanita, terutamanya apabila dia kini sudah bergelar isteri.
“Saya sangat terkesan dari segi buka aib dan juga rasa tidak dihormati” kata Raja Farah.
Pun begitu, dia dilaporkan tidak mahu memburukkan keadaan.
Sementara itu, pelawak Shuk Sahar turut menerima kec@man di media sosial kerana dilihat bersungguh-sungguh meminta Fauzi menceritakan tentang adegan berkenaan dalam rancangan tersebut.
Seorang lagi hos, pelakon Khir Rahman telah membuat permohonan maaf dan meluahkan rasa kesal dan ralat kerana ketawa ketika babak itu diceritakan. Namun Khir menjelaskan dia hanya ketawa pada gelagat yang bercerita, bukan pada isunya.
Kata Khir,dia tidak mungkin tergamak untuk memperlekeh atau meraikan isu adegan r0gol dalam mana-mana naskhah. -Buletin TTKM-