Pegawai SPRM dituduh menipu nyaris jatuh tangga sebab nak elak wartawan.

JOHOR BAHRU: Seorang daripada dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) nyaris jatuh tangga ketika cuba mengelak wajahnya dirakam media dalam kejadian  di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Terdahulu, kedua-dua penjawat awam itu didakwa atas pertuduhan men1pu seorang penguat kuasa untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM40,000 bagi menyelesaikan kes yang disiasat agensi tersebut pada minggu lalu.

Mereka ialah Penolong Penguasa P29 yang bertugas di SPRM cawangan Kluang, Amir Izham Shahak, 32, dan Penguasa P42 yang berkhidmat di SPRM Johor Bahru, Wan Kamarul Za’im Wan Mansor, 34.

Amir mengaku bersalah manakala Wan Kamarul mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan  oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa men1pu seorang penguat kuasa berusia 35 tahun dengan meminta wang tunai RM40,000 kononnya untuk menyelesaikan kes yang disiasat SPRM Johor ke atas lelaki terbabit.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan Benut, Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, pada pukul 7.57 malam, 14 Oktober lalu. 

Bagi perbuatan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Kes3ksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukoman penj@ra maksimum lima tahun atau dengan dend@ atau kedua-duanya sekali, jika sabit kes@lahan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaili Sapun manakala Amir Izham diwakili peguam, Mohd. Salleh Togimin sementara Wan Kamarul Za’im pula diwakili Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Terdahulu, Timbalan pendawakraya Suhaili Sapun menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM35,000 beserta seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu menyerahkan passport antarabangsa ke mahakamah, lapor Bernama.

Bagaimanapun, peguam Mohd Salleh Togimin yang mewakili Amir Izham memohon penangguhan hukuman serta jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja serta tiga orang anak.

Peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias yang mewakili Wan Kamarul Za’im pula memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menyara isteri yang mengandung serta empat orang anak.

Hakim Datuk Ahamad Kamal Arifin Ismail kemudiannya membenarkan jaminan masing-masing sebanyak RM7000 dengan seorang penjamin selain passport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.- Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.