Lawak r0gol: “Mulut cabul dan otak kotor perlu diajar! “

Pendapat oleh : Ustaz Ahmad Saifuddin

Asalnya tidak mahu ambil peduli hal ehwal artis Malaysia. Apabila ada rakan berkongsi baru saya nampak ini bukan isu artis. Ini isu rakyat Malaysia.

Saya cari video asal ucapan artis dan pengacara itu untuk dengar sendiri. Tidak dapat dengar habis, terlalu teruk. Apabila pengacara berkata;

‘Bang, kalau boleh terangkan satu persatu, saya nak imagine.’

Meluap dalam kepala ini, ‘Kau nak imagine apa? Imagine sedang mer0gol orang?!’

Adakah pengacara itu sedar atau tidak apa yang dia kata? Manusia tidak akan berkata begitu. Serius! J1jik gila!

Kedua, penulis skrip, penerbit, pengarah filem dan pelakon. Mengapa tidak guna kepala otak sendiri untuk nilai babak itu? Perlu ada ya? Jika tidak ada, cerita tidak jadi ya?

Singkat sangat otak jika kata babak itu mesti ada. Jika tidak, filem tidak hebat. Sebagai orang yang diberi ilmu kesenian dalam bidang lakonan dan penerbitan filem, tentu banyak cara yang tuan puan boleh fikirkan untuk menggambarkan watak itu telah dirog0l tanpa mendedahkan aur@t dan lakonan yang terlalu terperinci.

Apa yang berlaku itu sebenarnya adalah realiti otak kotor ramai lelaki di Malaysia. Tidak kira apa latar belakang mereka.

Saya sendiri pernah dengar sendiri dari mulut ustaz-ustaz yang lebih senior level PhD pun ada bercakap tentang badan wanita tertentu sesama mereka.

“Dia body kemah sikit. Sesuai dengan enta nak buat bini. Muka tak berapa comel tak apa, biar body molek sikit.”

Kaku saya dengar seketika ustaz berkata begitu. Serius tidak sangka. Itu belum termasuk ustaz level s3x pred@tor, otak lagi kotor. Akan keluar ayat kotor selepas di’gro0ming’ mangs@. Lagi jij1k!

Bayangkan orang yang jauh daripada pengajian agama. Anak-anak muda yang setiap hari terdedah dengan sembang lucah melampau.

Apa yang kita lihat sembang artis itu adalah perca sahaja. Realitinya ada yang lebih teruk sembangnya.

Saya harap, kementerian berkenaan perlu ambil tindakan terhadap artis dan selebriti yang buat kesalahan begini. Jika tidak akan jadi normalisasi di stesen TV. Kemudian hanya selesai dengan minta maaf sahaja. Sedangkan kerosakan otak pendengar sudah berlaku.

Saifuddin Yusof
😡😡😡


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.