Kuala Lumpur, 22 Okt: Pihak polis tiada menerima sebarang laporan mengenai dakwaan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang berkata dirinya diserang secara s3ksual oleh pihak penguasa ketika dit@han pada awal 2021.
Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamaed, polis hanya menerima laporan bahawa Nur Sajat dik@sari ketika pen@hanan dibuat oleh JAIS pada Januari lepas, menurut laporan The Star.
“Kami membuka siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Kes3ksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kec3deraan.
“Tiada dinyatakan sebarang ser@ngan s3ksual atau menc@bul dalam laporan polis tersebut” katanya pada Khamis seperti dipetik The Star.
Mengenai dakwaan dik@sari itu, Arjunaidi berkata siasatan mengenainya masih berjalan.
Pada 20 Oktober, Sajat mendakwa beliau ditend@ng dan payudaranya dir@ba oleh pegawai jabatan agama pada Januari lepas dalam satu laporan wawancara yang disiarkan oleh New York Times
Menurut laporan tersebut, ketika itu Sajad berkata sekurang-kurangnya tiga lelaki menend@ng , menjatuh, serta mer@ba payudaranya lalu ditempatkan di bilik tahanan lelaki semalaman.
Pada hari yang sama, dia digari, ditahan kemudian secara rasminya didakwa di mahkamah.
“Ibu Nur Sajat, yang menyaksikan serangan itu, berhadapan dengan salah seorang pegawai tersebut lalu bertanya bagaimanakah orang islam yang alim melakukan perkara sedemikian?”
Kata Sajat, mereka menganggap adalah sesuatu yang wajar untuk menyentuh bahagian peribadi dan payudaranya kerana mereka menganggapnya sebagai seorang lelaki.
“Mereka tidak memperlakukan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.” kata Nur Sajat seperti dipetik New York Times.
Selepas insiden tersebut, Sajat membuat laporan polis dan beberapa hari kemudian pihak berkuasa berkata pegawai penguatkuasa jabatan agama telah dipanggil untuk memberikan keterangan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil malah jabatan agama juga enggan memberikan maklum balas.
Panik atas insiden itu, Sajat mengambil keputusan pada Februari melarikan diri ke Thailand di mana dia didakwa atas kesalahan masuk ke negara tersebut secara haram.
Kesalahan tersebut merupakan satu merit untuk dia diektradisi ke Malaysia tetapi Sajat secara diam-diam meninggalkan Thailand pada bulan ini dan kini berada di Australia di bawah proses pelarian UNHCR.
Pada 24 September lepas, PDRM mendedahkan gambar kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dipegang Sajat.
Kelmarin Sajat mengesahkan dirinya kini sudah berada di Australia.
Nur Sajat memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun secara rasmi berhijrah ke negara Kanggaru itu dengan bantuan kerajaan Australia ketika melakukan siaran secara langsung di akaun TikToknya, Nursajat23.
“Secara rasminya saya berada di Australia. Saya akan buka perniagaan dekat sini dan menjalani kehidupan seperti biasa di sini” katanya.
Tambah beliau lagi, dia bukanlah melarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.
“Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan? ” katanya.
Mengulas mengenai status agamanya, Nur Sajat menegaskan dia masih seorang muslim sambill meminta semua pihak hormat menghormati antara satu sama lain.
“Saya rasa kalau saya masih Islam…biarlah kamu dengan Islam kamu. Ini lebih dihormati. Tak perlulah kamu nak menghakimi saya ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” katanya.
Sementara itu, Nur Sajat juga menegaskan dia dalam perancangan untuk membuka perniagaan di negara berkenaan.
Selain itu, Sajat berkata dia sangat gembira berada di Australia kerana dia diterima sebagai jantina wanita selain dapat memakai apa sahaja yang disukainya.
“Saya sangat gembira sekarang. Saya gembira g1la-g1la. Saya boleh jadi diri saya. Saya boleh tenang kat sini. Tak ada gangguan… dan saya boleh pakai apa sahaja dekat sini, tiada masalah.
Jantina saya pun dah wanita kat sini diorang boleh terima, diorang periksa semua dari hujung kepala ke hujung kaki. ha kan! Jadi, saya tak perlu ragu-ragu lagi sekarang “
Sajad juga mengesahkan tidak akan lagi balik ke Malaysia.
“Sajad tak balik dah lepas ni sayang. Sajad sekarang berada di Australia. Anda nak datang, boleh datang sini, nanti datang kedai Sajat singgah. Tak beli tak mengapa, tengok je kedai kita, gitu!”
Sebelum ini misteri ‘kehilangan’ Nur Sajat terjawab apabila dia dilaporkan ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.
Pada 9 September lalu dia dit@han atas kesal@han memasuki Thailand secara tidak sah. Nur Sajat kemudian did@kwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan. -Buletin TTKM-