“Korang yang berkomplot, UMNO yang salah? Di mana logiknya?”- Najib

Melaka, 26 Oktober: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan mengapakah UMNO yang dipersalahkan berikutan tumb@ngnya kerajaan negeri Melaka pimpinan UMNO, kerana yang menerima manfaat terbesar akibat dari insiden itu adalah Pakatan Harapan.

Katanya, ini berikutan pendirian Pakatan Harapan yang membantah pembubaran DUN Melaka sebaliknya mahukan pentadbiran kerajaan negeri diserahkan kepada gabungan tersebut tanpa melalui piliharanraya negeri.

Tambahnya hal itu dibuktikan apabila ketua Pakatan Harapan sendiri mengadakan mesyuarat rahsia dengan 4 orang ADUN yang menumb@ngkan kerajaan negeri Melaka.

Untuk rekod, pada 7 Oktober lalu, Idris Haron mengesahkan beliau bersama 3 lagi ADUN telah mengadakan pertemuan dengan Anwar setelah gambar mesyuarat tersebut boc0r di media sosial.

Keratan tajuk berita yang dinaikkan Najib Razak di laman facebooknya.

Selain itu, kata Najib, yang mahu bertemu dengan TYT Melaka untuk meminta dilantik sebagai ketua menteri baharu dari Pakatan Harapan dengan sokongan 4 Adun juga adalah ketua Pakatan Harapan Melaka.

“Korang yang berkomplot untuk tumbangkan kerajaan UMNO Melaka tapi yang disalahkan pula penyebab kerajaan UMNO Melaka tumb@ng ialah UMNO? Mana logiknya?” soal beliau di laman facebooknya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: