Mak1 kakitangan JPS: Ganabatirau mohon maaf.

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V Ganabatirau, memohon maaf secara terbuka berhubung tindakannya mengeluarkan kata-kata kes@t terhadap kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) susulan tinjauan dan pemantauan banjir di Taman Sri Muda, di sini, baru-baru ini.

Ganabatirau mengakui kesilapan itu dilakukannya selepas video beliau tular di laman sosial hingga mengundang kemarahan pelbagai pihak.

“Saya sedar bertindak kasar dan memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang terbabit.

“Saya suarakan perkara ini bukan untuk menjadi hero, tetapi disebabkan berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam lapor Berita Harian.

Dalam video berdurasi 2 minit 42 saat itu, Ganabatirau memak1 hamun kakitangan JPS dengan berkata kerja yang dilakukan mereka adalah kerja b0doh.

“Kamu bukan jurutera yang berkelayakan sekiranya tidak dapat selesaikan masalah ini. Tolonglah, anda tak kenal saya siapa. Tadi saya berdiam diri kerana saya ingin menghormati anda. Anda jangan cuba jadi..kerja bodoh ini macam!

Tak boleh buat kerja! Tak tahu merancang! Tak da baca punya worang!” katanya.

Tambah Ganibatirau lagi, kawasan penempatan berdekatan mengalami banjir akibat masalah pengairan dan mendakwa ia mengundang kemarahan penduduk sehinggakan ada yang mahu mencederakan beliau.

“Saya punya taman hari ini banjir, kamu masuk hari ini dengan saya. Orang nak puk.ul saya! “

Memetik profesion dirinya sebagai seorang peguam, beliau berkata terdapat 10 peguam atas dirinya,

“Dia (kakitangan JPS) mendakwa ; “Tidak! Saya seorang jurutera”. Secara profesionnya, saya (pula) seorang peguam. Dalam negara ini, terdapat 10 peguam atas saya seorang. Jangan cuba membuat lawak dengan saya! Ini (kamu) baru timbalan sahaja!.. Cakap macam pandai sangat!” katanya dalam video yang tular itu.

-Buletin TTKM-

Video:



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: