Kuala Lumpur, 26 oktober: Bekas perdana menteri, Tun Mahathir menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai penjen@yah VIP pertama di Malaysia.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan mahkamah membenarkan pemulangan pasport beberapa bekas pemimpin bagi tujuan perubatan dan lawatan yang dianggapnya ‘luar biasa’.
“Kes ni adalah satu kes luar biasa. Datuk Seri Najib ni nampak sihat, boleh pergi ke Parlimen, boleh pergi ke sana sini berkempen, tapi tidak sihat untuk dibicara dalam mahkamah.
“Sekarang ini dia boleh dapat pasport pergi ke negara lain, dan bukan itu saja. Dah dapat pasport, boleh tangguh pula pasal dia nak berkempen,” kata Dr Mahathir
Tegasnya, Najib sudah dihuk0m bersalah oleh mahkamah dan sepatutnya menjalani hukuman penjara ketika ini.
“Tapi orang ni dah kena hukum salah, tapi tak masuk penjara dan dapat escort (pengiring) macam VIP. Dia penjenayah VIP pertama di Malaysia,” ujarnya.
Selain itu, Dr Mahathir turut mengkritik corak pemerintahan ketika ini yang didakwanya menampakkan ketidakadilan.
“Jadi, saya tak tahu apa dia jenis pemerintahan ini. Kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak boleh.
“Orang ini boleh, orang itu tak boleh. Mana ada keadilan?” soalnya.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di ibu negara petang semalam.
Mahkamah Rayuan pada 18 Oktober lalu, membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya untuk kegunaan sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.
Ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan bakal melahirkan anak kedua pada November ini.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi membenarkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama. -Buletin TTKM-