PAS mendukung konsep Keluarga Malaysia – Presiden PAS.

Interview with Datuk Hadi Awang at Parliment house

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PAS MENDUKUNG KONSEP KELUARGA MALAYSIA

PAS menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, berteraskan nilai keterangkuman dan kebersamaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan RMK-12 dan Belanjawan 2022.

PAS menerima realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia dengan memperkenalkan konsep adil untuk semua, tiada paksaan dalam beragama dan wajib bertolong-tolongan antara satu sama lain, di atas konsep perpaduan umat manusia yang merupakan satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

PAS melalui pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua telahpun direalisasikan, melalui hak beragama, bermasyarakat dan berkebajikan yang dipelihara oleh Kerajaan di bawah kepimpinan Islam.

Justeru PAS menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara, seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 19 Rabi’ul Awwal 1443 / 26 Oktober 2021



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: