Puluhan juta geran MITRA lesap: 16 pengarah syarikat ditahan SPRM

PETALING JAYA: Seramai 16 orang pengarah syarikat dit@han Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penyelew3ngan geran peruntukan yang dikeluarkan MITRA, agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Kesemuanya berusia antara 24 hingga 68 tahun ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula petang semalam hinggal lewat malam tadi, lapor Utusan Malaysia.

Menurut sumber, dianggarkan puluhan juta telah dilesapkan oleh kumpulan itu, yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di negara ini.

Siasatan kes akan merangkumi semua bentuk permohonan dan perbelanjaan peruntukan geran yang telah disalurkan oleh MITRA bermula 2018 hingga kini.

Hampir 60% geran yang diterima dari geran itu tidak sampai kepada kumpulan sasar yang sepatutnya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan kesemua pen@hanan berkenaan.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 16 (a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.