MUDA AKAN BERTANDING DALAM PILIHANRAYA NEGERI MELAKA

Oleh : Syed Saddiq

1. Saya hadir ke Melaka hari ini adalah kerana negara ini telah terlalu lama dikawal oleh politik kuasa, pangkat dan kedudukan.

2. Kita semua tahu pada 5 Oktober lepas, Dewan Undangan Negeri telah dibubarkan. Puncanya, ada 4 ADUN Melaka yang telah lompat dan tarik sokongan dari menyokong Kerajaan Negeri Melaka. Sedangkan ini juga adalah kerajaan yang dibina atas dasar khianat pada mandat rakyat.

3. 4 ADUN Melaka ini saya gelar Katak Politik. There is no other way to address them.

4. Mereka ini melompat dari satu tempat ke satu tempat atas dasar politik kuasa hanya untuk ikut selera mereka.

5. Tak tanya rakyat, tak ada berunding, tak ada niat langsung untuk dahulukan rakyat Melaka apabila melompat. Yang mereka tahu, buat pilihanraya, pilihanraya, pilihanraya. Waktu COVID pun nak buat pilihanraya.

6. Let’s be honest. Kita semua tahu rakyat Malaysia dah penat dengan krisis politik yang berlaku. Apa yang berlaku di Melaka ini dah banyak berlaku di negeri-negeri lain sejak Langkah Sheraton. Mandat rakyat dicampak keluar hanya untuk dapatkan kuasa.

7. Melaka, sampai kena habis RM46 juta duit rakyat untuk urus pilihanraya. Ini tak mengarut?

8. Saya percaya rakyat Melaka ini bijak, ada rasa sayang kepada negeri, ada cakna kepada pembangunan Melaka.

9. Sudah sekian lama, rakyat Melaka diugut dengan ahli politik yang melompat-lompat untuk kuasa, bergaduh dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Sampai jadi meme dan bahan jenaka seluruh rakyat Malaysia apabila tengok Katak di dalam DUN Melaka.

10. Bergaduh siang malam. Habis sidang, tak turun padang.

11. Saya percaya Rakyat Melaka berhak yang baru. They deserve better.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.