Najib buat laporan SPRM terhadap Leissner, mahukan senarai nama pegawai yang disogok.

Gambar kredit Malaysia Gazette

KENYATAAN AKHBAR
DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK
27 OKTOBER 2021

Bank Goldman Sachs dilantik oleh Terengganu Investment Authority (TIA)
sebelum saya menjadi Perdana Menteri dan sebelum ianya dipindah ke
Kerajaan Persekutuan dan ditukar nama menjadi 1MDB.

Pada tahun 2020, pengurus kanan Goldman Sachs, Encik Tim Leissner telah
mengaku salah di mahkamah bahawa beliau pernah menyogok beberapa
individu dari syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang nama-namanya tidak
didedah secara umum.

Akibatnya, syarikat Goldman Sachs bersetuju untuk membayar gantirugi
sebanyak US$3.9 bilion bersamaan dengan RM16.4 bilion kepada kerajaan
Malaysia tahun lepas.

Pada awal tahun ini, peguam saya berjaya memenangi kes di Amerika Syarikat
untuk mendapat senarai nama dalam pengakuran Tim Leissner yang telah
disogok beliau.

Namun, kerajaan Amerika Syarikat melalui DOJ telah membantah keputusan
mahkamah Amerika Syarikat dan telah menghalang nama-nama tersebut
didedahkan.

Pada masa itu, seorang peguam dari syarikat guaman terkenal Brahman and
Associates yang mewakili seorang lagi pengurus kanan Goldman Sachs, Encik
Roger Ng pernah mengeluarkan kenyataan media bahawa senarai nama
tersebut adalah bukti “exculpatory” atau “exculpatory evidence” yang boleh
membersihkan nama saya sebagai terlibat dalam penipuan 1MDB.

Susulan itu, pada pertengahan tahun ini, barisan guaman saya juga pernah
meminta mahkamah dan pihak pendakwaan untuk mendedahkan senarai
nama tersebut tetapi usaha kami tidak kesampaian.

Saya amat pelik kenapa kerajaan Malaysia dan pihak pendakwaan seolah-olah
tidak ingin mengetahui dan mengambil tindakan terhadap nama-nama
pegawai 1MDB dan kerajaan yang telah disogok Tim Leissner sehingga
Goldman Sachs terpaksa membayar penalti serta gantirugi sehingga RM16.4
bilion kepada kerajaan Malaysia.

Sebab itu, saya dinasihat dan terpanggil untuk membuat laporan SPRM hari ini
terhadap Encik Tim Leissner supaya pihak berkuasa Malaysia boleh menyoal,
membawa balik beliau atau meminta senarai nama dari DOJ agar nama-nama
ini didedahkan secara umum dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Video Kredit Malaysia Gazette




LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: