Berpesta dalam balai polis: Tiada pertuduhan, cuma tindakan disiplin.

Kuala Lumpur, 28 Okt: Empat anggota polis yang ditangkap berpesta di sebuah balai polis di Bangi tiga bulan lalu berdepan tindakan tatatertib, namun tiada pertud0han jenay@h dikenakan terhadap mereka.

Mereka termasuk sub-inspektor yang merupakan ketua balai di di balai polis Bangi, yang pada awalnya didapati positif g@nja apabila balai itu diserbu oleh sepasukan dari ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman.

“Tiada dakwaan jen@yah. Tetapi mereka dikenakan t1ndakan tat@tertib, siasatan sedang dijalankan oleh Bukit Aman,” kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed dipetik portal Malaysiakini.

Kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad, keputusan untuk tidak menuntut pertud0han jenay@h terhadap susp3k dibuat oleh timbalan pendakwa raya.

Menurutnya, ujian air kenc1ng kali kedua ke atas sub-inspektor itu didapati negatif.

“Saya dimaklumkan ujian air kenc1ng kali kedua yang dijalankan untuk pengesahan pakar patologi mendapati (pegawai itu) negatif penyalahgunaan d@dah.

“Mereka juga telah dikenakan k0mpaun kerana melanggar prosedur operasi standard Covid-19,” kata Azri seperti dipetik Malaysiakini.

Pesuruhjaya polis itu berkata empat anggota polis itu masih tertakluk kepada siasatan tatatert1b yang sedang dijalankan di mana mereka menghadapi pertud0han di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatert1b) 1993.

“Kesemua mereka telah diarah mengemukakan surat representasi kepada semua pertud0han berhubung kes@lahan mereka sebelum keputusan lanjut dibuat ke atas mereka,” tambah Azri.

Pada 20 Julai lalu, sepasukan pihak polis dari Bukit Aman menyerbu balai polis itu dan menahan empat anggota polis dan empat wanita yang didakwa sedang berpest@ di premis itu.

Menurut laporan Berita Harian, pesta itu berlangsung di “bilik khas” di tingkat dua, di mana lampu bola d1sko turut dipasang.

Semasa s3rbuan dilakukan, sebahagian daripada anggota dan wanita berkenaan dikatakan sedang menar1 dan berka­raoke sambil menikmati minuman ker@s serta air ket0m di dalam bilik khas itu, lapor Kosmo.

Pasukan itu turut merampas sebotol arak, lima botol ketum, lampu dan peralatan audio serta gambar luc@h yang memaparkan seorang daripada anggota polis bersama seorang wanita yang merupakan antara yang ditahan. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.