Ahli parlimen PKR, Rusnah Aluai berkata meminum wiski jenama Timah seolah-olah “kita minum wanita Melayu”.
“Tidak boleh kah kita beri jenama lain, The Mines ke?
“Lagi satu ia merupakan satu perkara yang tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu adalah wanita Melayu, (seperti) Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah.
“Apabila kita minum wiski itu seolah-olah kita meminum wanita Melayu” katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan nama Timah itu benar-benar mengelirukan, tambahan pula lambang Kapten Speedy yang digunakan dilihat memakai kopiah.
“Tidak adakah lambang Kapten Speedy yang memakai topi?” saoalnya.
Beliau berkata demikian di dewan rakyat hari ini semasa mencelah dalam perbahasan pindaan Akta Perihal Dagangan.
Sebelum ini, syarikat pengeluar wiski Timah menjelaskan bahawa nama jenama itu merujuk kepada logam timah, bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.
Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman penjajahan British itu. -Buletin TTKM-
Video: