Kuala Lumpur, 29 Okt: Laman facebook Digi menjadi s@saran pelanggan yang tidak berpuas hati gara-gara d0wntime sudah masuk 5 hari, melepasi 3 hari dari d0wntime 2 hari yang dijanjikan.
Antara masalah yang dihadapi pelanggan adalah tiada liputan, kelajuan internet berkurangan, tiada capaian internet, dan kuota internet berkurangan secara tiba-tiba.
Pemerhatian Buletin TTKM di laman facebook Digi mendapati pelanggan melepaskan rasa tidak puas hati di ruangan komen.
Berikut merupakan antara komen-komen terpilih:
“Data saya tiba-tiba hilang. Ini berlaku 3 kali dalam seminggu!10 GB ya!”
Katherine Soo
Bila nak OK ni digi orang nak masuk kelas online pun susah tak pasal saya kena mar@h
Shafiqul Ez
Rollback balik 26 haribulan lepas tu refund kepada siapa yang topup hilang data. Sampai bila nk diam? Takkan kerja services pun sibuk dgn kerja upgrade update semua?
Lilith
Digi oii respon baa .. kenapa data 10gb hilang mcm tu sja .. patut harini expired klu langgan smlm.. pagi ne langsung xdpt guna kalau d bg free 100gb tuk sebulan nda pa juga .. Rugi ba rugi tau ka.. xkn la mau langgan lagi .. terukkkk!!!
Mis Debs Piunin
Serius lh digi. Saya beli data utk unlimited YouTube kelmarin jam 8 malam sepatutnya jam 8 mlm hari ni bru tamat .. tiba tak ada pagi ni
Alvenny Kujiji II
Apa masalah kau ni DIGI dari mula 26/10 sampai sekarang . then kejap ok pun kejap je jam 12am terus data macam ta1k sampai pagi sampai petang jam 5pm then i reload for data . lancar tiberrr jam 12am datang lagi masalah aiyoooooooo sa mau claim data saya balik selama 4 hari!
Chang Mei Mei
I’m buying a very cheap-cheap data, want to see if DIGI is still mab0k or not. When i woke up this morning, DIGI are still mab0k and have a bad hangover sampaikan my data that i buy yesterday vanished.
Ar Dell Lerr
Apasal lepas jam 12 mlm hilang data aku beli tadi??? Baru beli kot!! 10gb aku seorang guna itu pn sekadar dengar lagu spotify, whatsapp hntr dokumen gambar apa smua.. Bkn hotspot satu kampung guna.. Skrg tergen@ala aku download video meeting d ms team… sangat FRU.STRATING! Dh la telco satu jk.. Aku try beli data lagi rm3 10gb klu hilang lagi.. Aku harap mamat kuning ni kepunan telur tenggiling, and then ters1ku bucu katil
Godfrey MC
Menurut laman facebook Digi, perkhidmatannya telah kembali pulih tengah hari tadi.
Perkhidmatan kami telah pulih. Anda boleh terus menggunakan produk, saluran dan sambungan Digi anda seperti biasa. Jika anda masih mengalami kesulitan, sila cuba beberapa tips di sini: digi.my/supportnote
Laman Facebook Digi.
Namun, pemerhatian kami di ruangan komen masih mendapati ramai pelanggan yang menafikan dakwaan Digi tersebut.
Terdahulu, menurut laman web digi, d0wntime yang dijadualkan itu adalah pada 25 oktober dan 26 oktober di mana ia akan menyebabkan gangguan pada beberapa perkhidmatan terutamanya VoLTE dan VoWIFI berikutan migrasi sistem.
Gangguan tersebut menyebabkan ramai pengguna mengeluh kerana mereka berdepan mas@lah untuk melakukan kelas PDPR dan untuk mengakses aplikasi MySejahtera.
Tidak kurang juga di antara mereka itu ada yang melaporkan mas@lah tersebut kepada SKMM untuk tindakan lanjut-Buletin TTKM-