Kuala Lumpur, 2 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penj@ra 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah atas pertu.duhan menyebabkan kemat1an tanpa niat pegawai kadet laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali, lapor Bernama.
Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap pada 1 Jun 2017.
Lima tertuduh itu sebelum ini menghadapi pertu.duhan membu.nuh Zulfarhan Osman di bawah Seksyen 302 K@nun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukuman mat1 mand@tori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat memb.unuh mengikut Seksyen 109 k@nun sama yang membawa huk.uman serupa.
Azman dalam keputusannya mendapati keenam-enam tertuduh bers@lah atas pertu.duhan dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan Osman tanpa niat membu.nuh mengikut Seksyen 304 (a) K@nun Kes3ksaan yang membawa hukum@n penj@ra hingga 30 tahun dan dikenakan dend@ jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kemat1an.
Mahkamah juga menjatuhkan huku.man penj@ra tiga tahun terhadap lima tertu.duh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya selepas didapati bers@lah atas pertud.uhan menceder@kan Zulfarhan Osman.
Mohamad Shobirin sebelum ini didakwa atas kesalahan menceder@kan, tetapi telah dilepaskan dari pertud.uhan itu di akhir kes pendakwaan.
Dua belas penuntut itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.
Mereka didapati bers@lah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan Osman untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukum@n maksimum penj@ra tujuh tahun dan dend@, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan hukuman terhadap Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Abdoul Hakeem bagi kesalahan menyebabkan kematian dan mencederakan berjalan serentak.
Mereka akan menjalani kedua-dua hukuman itu selama 18 tahun.
“Manakala bagi 12 lagi tertuduh, mahkamah memerintahkan hukuman penjara tiga tahun bermula hari ini,” kata Azman.
Azman juga membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara bagi tertuduh yang didapati bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan jaminan RM7,000 sebelum ini dikekalkan sehingga rayuan terhadap keputusan hari ini didengar.
Terdahulu, ibu Zulfarhan, Hawa Osman membacakan Kenyataan Impak Mangsa.
Wanita 58 tahun itu berkata kes terebut telah memberi kesan kepadanya dan keluarga.
“Kesihatan saya merosot. Saya menderita dari katarak yang serius kerana tidak berhenti menangis
Tekanan darah saya tinggi kerana saya tidak dapat tidur pada malam hari” kata beliau seperti dipetik The Star.
Hawa berkata beliau sangat trauma sehingga hari ini merasakan sukar untuk membenarkan anaknya yang lain keluar rumah tanpa memikirkan keselamatan mereka.
“Saya mahukan hukuman yang setimpal dengan jen@yah supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya insiden ini tidak akan berlaku kepada ibu bapa lain” katanya.
Hawa juga berkata kepada mahkamah yang beliau menderita kesedihan berpanjangan akibat kehilangan anak pertamanya.
“Arwah adalah lambang kasih sayang saya dan suami ” katanya. -Buletin TTKM-