90 tekapan seterika wap penyebab kemat1an Zulfarhan

Kuala Lumpur, 3 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menyebabkan kemat1an mangsa namun ia tidak terjumlah kepada niat membun0h dengan sengaja.

Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya berkata selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kemat1an mangsa bukan suatu kemat1an yang mengejut selepas dicederakan, lapor Bernama.

Katanya mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.

“Tertuduh pertama, kedua, keempat dan kelima mengaku menekap hanya sekali atau dua kali manakala tertuduh ketiga tidak mengaku menekap namun tertuduh keenam dan seorang saksi pendakwaan melihat tertuduh ketiga turut menekap,” katanya.

Azman berkata tiada keterangan kukuh menunjukkan bahawa terdapat individu lain menekap seterika ke badan Zulfarhan Osman selain kelima-lima tertuduh yang secara niat bersama melakukan perbuatan itu.

Beliau berkata di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah pungg0ng dan zak@r Zulfarhan Osman.

“Kesan luka lecur itu adalah pada kategori tahap satu, dua dan tiga yang didapati dari pangkal leher sehingga ke kaki mangsa termasuk bahu, lengan, dada, perut, rusuk, belikat, betis, paha dan buku lali,” katanya.

Enam tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kemat1an Zulfarhan Osman.

Mahkamah juga menjatuhikan hukuman penjara tiga tahun terhadap lima tertuduh kecuali Mohamad Shobirin serta 12 rakannya yang didapati bersalah mencederakan mangsa.

Kesemua tertuduh kini berumur 25 tahun.

Dalam penghakiman, Azman berkata Dr Salmah dan Dr Rohayu bersetuju bahawa terdapat 90 kesan tekapan seterika pada tubuh mangsa kecuali pada bahagian muka dan belakang tapak tangan.

“Jika mangsa memakai baju lengan panjang dan umur mangsa panjang maka parut tidak akan kelihatan, begitulah betapa telitinya orang yang menekap seterika wap panas di tubuh mangsa.

“Tertuduh-tertuduh menyatakan mereka sayang kepada mangsa, kalau mereka tidak rasa sayang, muka Zulfarhan Osman akan ditekap juga dan lebih daripada 90 tekapan akan dikenakan,” katanya.

Hakim itu juga berkata nyawa Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan sekiranya terdapat campur tangan oleh seorang doktor sebuah klinik swasta di Bangi semasa mangsa menerima rawatan di klinik tersebut.

Kata hakim pada kebiasaannya, pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon polis jika mengesyaki pesakit didera kerana ia adalah isu perundangan perubatan.

“Sepatutnya doktor tersebut tidak membabi buta mempercayai mangsa terlibat dengan letupan dalam latihan sehingga terkena pada semua tubuh mangsa termasuk zakar dan testis namun tidak pada muka si mati,” katanya.

Menurut Azman jika mangsa tidak mengalami cedera parah, dia tidak perlu dibawa ke klinik sebanyak dua kali memandangkan kosnya adalah mahal iaitu kira-kira RM500 bagi setiap sesi rawatan.

Katanya tertuduh boleh membawa mangsa ke hospital kerajaan yang percuma atau klinik UPNM namun mereka tidak berbuat demikian kerana bimbang rahsia mereka (mencederakan Zulfarhan Osman) terdedah.

Azman juga berkata Zulfarhan Osman mungkin boleh diselamatkan jika seorang jurulatih di UPNM tidak bertindak menularkan keadaan pegawai kadet laut UPNM itu di dalam kumpulan WhatsApp.

Katanya nasib tidak menyebelahi mangsa apabila Kapten Haryani Hassan pendek akal dengan menularkan dalam kumpulan WhatsApp itu siapa yang dimaksudkan ‘sakit’ menurut surat layang yang diterima.

“SP23 (penuntut UPNM, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi) yang menulis surat layang bersama tertuduh kelapan (Muhammad Akmal Akif Alias) menyatakan ‘si mati ada memesan kepada beliau jika hendak sapu ubat, sapu semasa dia lena sebab sakit sangat jika dia sedar.’

“Surat layang itu membuktikan penelitian mereka berdua (SP23 dan tertuduh kelapan) bahawa si mat1 sak1t tenat semasa berada di dalam bilik asrama namun tertuduh pertama hingga keenam tidak perasan mangsa cedera par@h dan mereka nampak mangsa kelihatan biasa sahaja tidak seperti orang sakit,” katanya.

Azman berkata nasib malang mangsa bermula apabila komputer riba tertuduh pertama iaitu Muhammad Akmal hilang dan ayah tertuduh ke-17, Noriznan Izzairi Noor Azhar, menelefon serta mengesahkan tiga suspek termasuk mangsa sebagai individu yang mencuri komputer riba itu.

“Pada 21 dan 22 Mei 2017, Zulfarhan Osman telah dibawa ke bilik 03-05 Blok Jebat pada jam 2.30 pagi dan bermula sesi memukul mangsa oleh tertuduh bertujuan untuk mendapatkan pengakuanya.

“Pada 22 Mei 2017, jam 4.45 pagi hingga hampir Subuh, mangsa mula diseksa dengan menggunakan seterika wap oleh Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif, Mohamad Shobirin atas arahan Muhammad Hasif apabila mangsa tidak mengaku mencuri komputer riba berkenaan,” kata hakim itu.

Untuk rekod, seorang tertuduh sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bapanya mempunyai kebolehan untuk ‘tengok’ siapa yang mencuri komputer riba di universiti itu.

Muhammad Ashraf Abdullah, 24, berkata rakannya yang juga bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah berjumpa dengannya dan memaklumkan bahawa sebuah komputer riba kepunyaan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama hilang.

“Syafiq meminta untuk bercakap dan meminta bantuan ayah saya, Haji Abdullah untuk ‘tengok’ kan siapakah yang mencuri komputer riba tersebut. Ada segelintir rakan-rakan yang tahu bahawa ayah saya ada sedikit ilmu berkaitan perkara ini.

“Syafiq turut memberitahu nama-nama orang yang disyaki iaitu Nazmi, Izzat Amir dan arwah Zulfarhan Osman. Saya bersetuju meminta bantuan ayah saya dan telah pulang ke bilik untuk membuat panggilan telefon,” katanya semasa membacakan penyataan saksi.

Selepas lebih kurang 30 minit ayahnya menelefon dan menyatakan bahawa kemungkinan arwah Zulfarhan yang mengambil komputer riba tersebut, namun tiada apa-apa bukti diberikan ayahnya.

“Ayah saya juga sempat berpesan, supaya jangan mengambil sebarang tindakan memandangkan tiada ‘petunjuk’ yang jelas. Saya akur dengan nasihat ayah dan meminta Syafiq untuk turut akur,” katanya.

Imbas kembali perincian kejadian:

Berikut merupakan perincian kejadian menurut perbicaraan pada 29 Jun 2018, menurut laporan Harian Metro.

Mengimbas kejadian itu, saksi pendakwaan ke-24 yang merupakan penghuni bilik 3-06, iaitu rakan sebilik Zulfarhan Osman berkata dia telah pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berkait kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan Zulfarhan Osman.


Di bilik itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang merupakan tertuduh keenam telah bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan Osman namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Abdoul Hakeem terus menumb0k perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.


Ahmad Senabil berkata Abdoul Hakeem kemudian menyuruh Zulfarhan Osman membuka seluar dan terus menyambung memuk.ul mangsa sebelum tidak lama kemudian lebih dari 10 individu lagi masuk ke bilik itu.


Saksi itu berkata selain memu.kul menum.buk dan menen.dang mangsa yang ketika itu hanya memakai seluar pendek ‘boxer’, Abdoul Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah.


Katanya ketika dipukul, Zulfarhan Osman memberitahu dia tidak mengambil komputer riba itu namun Abdoul Hakeem dan Danial Firdaus terus memuk.ul mangsa.


Ahmad Senabil berkata sehingga 3.30 pagi, beberapa individu yang berada di dalam bilik itu pulang ke bilik masing-masing dan meninggalkannya bersama Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi dan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Syafiq.


Katanya ketika itu Muhammad Akmal Zuhairi telah memegang satu seterika wap dan sambil Abdoul Hakeem yang duduk di atas kerusi bertanyakan soalan, Muhammad Akmal Zuhairi telah menekap seterika itu di kaki dan badan Zulfarhan Osman.


“Zulfarhan meronta dan sepanjang ditekap seterika dari 4 pagi sehingga Subuh dia menjerit dengan kuat,” katanya menambah tidak lama kemudian Muhammad Azamuddin juga mula memukul mangsa.


Kepada soalan Othman siapa lagi yang menekap seterika kepada Zulfarhan Osman selain Muhammad Akmal Zuhairi, saksi itu berkata mereka ialah Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib.


Ketika ditanya bagaimana keadaan Zulfarhan Osman ketika itu, Ahmad Senabil berkata mangsa yang menggelupur meniarap sambil kedua tangannya diikat ke belakang dan kakinya juga diikat dengan tali pinggang taekwondo.


“Disebabkan Zulfarhan Osman masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi berhenti dan membuka ikatan mangsa,” katanya menambah Muhammad Akmal Zuhairi kemudian mencuci lantai bilik itu yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa.
-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.