BN bertanding solo di 28 kerusi, 86% calon muka baru.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama dengan parti lain.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pagi tadi, dimana UMNO menampilkan 20 calon, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

Tambahnya lagi, daripada jumlah itu, 24 calon atau 86 peratus adalah calon muka baharu dan perkara itu tidak pernah dilakukan BN dalam mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Hanya empat daripada 13 penyandang Dewan Undangan Negeri dipilih semula sebagai calon, manakala lima daripada 28 calon terdiri daripada wanita.

“BN juga pada PRN ini mengenengahkah 28% calon yang berumum 45 tahun kebawah, 5 orang calon dari kaum wanita, empat dari UMNO dan satu dari MCA. ” kata Hasan.

Katanya lagi, BN juga menggunakan tema Kestabilan Demi Kemakmuran pada PRN Melaka bagi menarik sokongan pengundi kerana kestabilan amat penting dalam memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang bakal dibentuk kelak.

Ini memandangkan dua kerajaan negeri sebelum ini tumbang akibat majoriti yang tipis.

Dalam pada itu, Hasan berkata kesemua calon BN perlu menandatangani perjanjian untuk tidak melakukan sebarang tindakan melompat parti.

“Ada dua, tiga perjanjian, kita liputi segala aspek undang-undang. Saya berharap komitmen ini akan berikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih sebuah parti yang benar-benar komited untuk memastikan kestabilan dapat dicapai demi kemakmuran Melaka dan kesejahteraan Malaysia.” katanya lagi.

Kerusi panas DUN Pengkalan Batu yang sebelum ini diperuntukkan kepada Gerakan pula kini diserahkan kepada Umno. Kerusi itu disandang oleh Norhizam Hassan Baktee, bekas ADUN DAP yang melompat menjadi adun bebas.

MCA pula akan menyerahkan kerusi DUN Duyong kepada Umno.

Tiga calon yang tewas  pada PRU 2018 iaitu Lim Ban Hong (Kelebang), Koh Chin Han (Bemban) dan Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas) turut bertanding semula.

Senarai penuh calon BN, adalah seperti berikut:

Kuala Linggi – Rosli Abdullah* (Umno)
Tanjung Bidara – Ab Rauf Yusoh (Umno)
Ayer Limau – Hameed Mytheen Kunju Basheer (Umno)
Lendu – Sulaiman Md Ali* (Umno)
Taboh Naning – Zulkiflee Hj Mohd Zin (Umno)
Rembia – Muhammad Jailani Khamis* (Umno)
Gadek – Nadarajah Sellappa (MIC)
Machap Jaya – Ngwe Hee Sem (MCA)
Durian Tunggal – Zahari Abd Kalil (Umno)
Asahan – Fairul Nizam Roslan (Umno)
Sungai Udang – Fasarul Md Isa (Umno)
Pantai Kundor – Mohamad Ali Haji Mohamad (Umno)
Paya Rumput – Rais Yasin (Umno)
Kelebang – Lim Ban Hong (MCA)
Pengkalan Batu – Kalsom Nordin (Umno)
Ayer Keroh – Yong Fun Juan (MCA)
Bukit Katil – Hasnoor Sdg Husin (Umno)
Ayer Molek – Rahmad Mariman* (Umno)
Kesidang – Leong Hui Ying (MCA)
Kota Laksamana – Benjamin Low Chin Hong(MCA)
Duyong – Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Umno)
Bandar Hilir – Lee Kah Sean (MCA)
Telok Mas – Abdul Razak Hj Abdul Rahman (Umno)
Bemban – Koh Chin Han (MCA)
Rim – Khaidiriah Abu Zahar (Umno)
Serkam – Zaidi Attan* (Umno)
Merlimau – Dr Muhammad Akmal Saleh (Umno)
Sungai Rambai- Siti Faizah Abdul Azis (Umno)

*Penyandang kerusi DUN

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.