Parti Keadilan Rakyat dan AMANAH hari ini mengumumkan calon-calon untuk PRN Melaka yang turut menamakan bekas ketua menteri Melaka, Idris Harun dan Nor Azman yang digu.gurkan keahlian dari UMNO, sebagai calon gabungan itu.
Idris Harun kini adalah ahli Parti Keadilan Rakyat dan akan bertanding di kerusi Asahan, berpindah dari kerusi Sungai Udang yang dipegangnya selama dua penggal.
Sementara itu, Nor Azman pula kini adalah ahli AMANAH dan dipertaruhkan di kerusi Pantai Kundor.
Perkara itu diumumkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim sebentar tadi.
Penyandang kerusi Machap Jaya Ginie Lim, yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, turut digu.gurkan.
Pengumuman itu bermakna Pakatan Harapan bertanding di kesemua 28 kerusi, di mana DAP sudah terlebih dahulu mengumumkan calon-calon mereka kelmarin.
Pagi tadi, BN turut mengumumkan akan bertanding bersendirian untuk kesemua 28 kerusi.

Perikatan Nasional pula dijadualkan akan mengumumkan calon-calon mereka petang ini.
PRN Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini .
Berita lanjut menyusul. -Buletin TTKM-