“Lah@bau Melaka, jom undi” – MP DAP

Kuala Lumpur: Ahli parlimen DAP Teo Nie Ching hari ini menaikkan satu poster di laman facebooknya dengan slogan “Lah@bau Melaka, jom undi” sempena hari mengundi pada 20 November ini sebagai gambar profilnya.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, lah@bau merupakan kata mak1an yg bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap atau h@prak.

Menyedari kesilapan itu setelah mendapat kec@man dari warga net, admin laman tersebut menukar gambar profil kepada gambar yang sama digunakan beliau sejak 14 Julai yang lalu pada jam 3:39 petang.

Manakala poster “Lah@bau Melaka, jom undi” sebagai profil bekas timbalan menteri pendidikan itu telah dipadamkan sekitar jam 3:45 petang.

Gambar profil ditukar kembali.

Tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen DAP Kulai itu mengetahui maksud perkataan tersebut.

DAP akan bertanding 8 kerusi pada PRN Melaka 20 November ini di bawah tiket Pakatan Harapan. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.