“Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat”- Norhizam tanding bebas pertahan kerusi

Melaka” Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, DAtuk Norhizam Hassan Baktee bertanding dibawah tiket bebas untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada PRN Melaka 20 November ini.

Katanya, beliau berkeyakinan 80% bahawa dirinya akan memenangi kerusi tersebut dan ada KPI selama tiga tahun .

“Saya bukan bercakap kosong, sebaliknya ada KPI selama lebih tiga tahun bekerja untuk rakyat. Saya mungkin dilahirkan untuk rakyat.

“Kalau kita menjadi calon yang baik, insya-Allah saya yajin ada kekuatan dan 80% akan menang. PArti hanya simbol dan logo, namun yang mengundi kita adalah rakyat” tambahnya lagi seperti dipetik Berita Harian.

Ditemui wartawan ketika hari penamaan calon, berkta beliau tidak ada masalah untuk dia berkhidmat kepada orang ramai walaupun bertanding sebagai calon bebas.

“Di Melaka ada berapa wakil rakyat? Dua puluh lapan… tapi yang boleh buat kerja berapa orang?” katanya dipetik Malaysiakini.

“Saya minta rakyat buka mata dan nilai sendiri, logo dan parti bukan jalan penyelesaian,” katanya.

Dia juga mendakwa sebagai orang yang merendah diri dan boleh ditemui dengan mudah di tepi jalan.

“Saya tak ada protokol, humble (merendah diri), saya boleh jumpa di tepi jalan,” katanya.

Norhizam juga mendakwa ada orang yang menangis ketika dia melawat kawasan mereka selepas tiada mana-mana pihak tampil menolong.

Dia juga mendakwa sudah dapat menyelesaikan 70 peratus daripada masalah yang diadukan kepadanya.

Pada sabtu lepas, Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mengumumkan calon untuk PKR dan AMANAH di bawah tiket Pakatan Harapan.

Dua bekas adun yang melompat dari UMNO, bekas ketua menteri, Idris Harun diterima sebagai ahli PKR dan akan bertanding di Asahan, manakala Nor Azman pula kini merupakan ahli AMANAH diletakkan di Pulau Kundor.

Nama Norhizam tidak didapati dalam senarai tersebut, walaupun beliau merupakan salah seorang dari 4 adun yang menyebabkan tumb@ngnya kerajaan Melaka sebelum ini.

“Jangan sebut Pakatan Harapan,” katanya ketika menyerahkan borang penamaan calon di PPC Pengkalan Batu.

Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional masing-masing turut meletakkan calon di kerusi panas itu menjadikan sekurang-kurangnya pertandingan empat penjuru.

-Buletin TTKM.

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.