Bas sekolah perlu pasang ‘CROSSING ARM’ .

Oleh : Muhamad Qalif.

Sudah tiba masanya bas sekolah dipasang CROSSING ARM.

Crossing arm alat wajib dipasang Bas Sekolah di Amerika Syarikat untuk mengelakkan titik buta pemandu yang boleh menyebabkan rempuhan pelajar sekolah selepas turun dari bas sekolah.

Bagaimana sejarah School bus crossing arm ini bermula? Pada bulan mei 1990 pelajar berusia 6 tahun Betsy Anderson cedera parah setelah dilanggar oleh bas sekolah. Betsy Anderson dilaporkan berjalan rapat dengan bumper bas sekolah setelah turun dari bas sekolah yang dinaikinya menuju ke pekarangan sekolah.

Pemandu bas sekolah tidak dapat melihat Betsy Anderson kerana Betsy berada titik buta pandangan pemandu bas tersebut. Betsy Anderson dilaporkan meninggal dunia tidak lama selepas kemalangan.

Lebih 4 ribu tanda tangan petisyen mendesak kerajaan Amerika Syarikat mewajibkan Crossing Arm dipasang pada semua Bas Sekolah Amerika Syarikat.

Pada tahun 1992 Amerika Syarikat memulakan pemasangan Crossing Arm yang juga dikenali sebagai Betsy gate atau Betsy Bar sempena nama Betsy Anderson.

Di Kanada pula Crossing Arm diwajibkan pada 1996 apabila kemalangan serupa berlaku pada pelajar 7 tahun.

Respon ibu kepada Betsy Anderson tentang pengenalan Crossing Arm pada 1992 “Ianya perkara yang sangat bagus, semoga tiada lagi kematian seperti anak saya di negara ini”


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM.- editor

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.