Kuala Lumpur, 19 Nov: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia mengesahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana yang dikaitkan dengan 1MDB telah diperoleh dari Singapura dipegang oleh syarikat Cutting Edge Industries Ltd. yang dimiliki oleh Datuk Tawfiq Ayman, suami bekas Bank Negara dan Samuel Goh.
Dalam satu kenyataan, SPRM turut menyatakan setakat ini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion.
Tawfiq sebelum ini disoal siasat polis pada Mac lalu berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berkenaan siasatan itu dilaporkan.
Untuk rekod, pendedahan mengenai isu ini pertama kali menjadi perhatian apabila ia dilaporkan oleh akhbar The Edge Februari lepas.
Terjemahan laporan itu dibuat Buletin TTKM :
Pada perkembangan yang sama, Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi, berkata pendedahan SPRM itu disifatkannya “mengejutkan”.
Puad berkata kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu 1MDB, demi memastikan individu bertanggungjawab diambil tindakan dan tiada pihak dijadikan “kambing hitam”.
“Perkara ini perlu disiasat secara terperinci dan telus,” katanya.
Ketika muncul laporan mengaitkan ahli keluarga Zeti dengan dana 1MDB, timbul persoalan sama ada beliau tahu mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib, lapor FMT.
Suami Zeti dan dua anak lelakinya mengakui tahu mengenai wang itu dalam akuan berkanun (SD) yang ditandatangani pada Mac tahun lalu.
Wang itu berada dalam akaun Cutting Edge Industries di Singapura dan ketiga-tiga mereka turut mengakui menjadi pemilik benefisial akaun terbabit.
SD berkenaan yang dilihat portal tersebut, disahkan tulen oleh peguam.
Pendedahan berkenaan SD disiarkan portal MalaysiaToday milik blogger Raja Petra Kamaruddin, yang mendakwa suami Zeti dan anak-anaknya menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho, atau Jho Low, yang menjadi dalang skandal 1MDB.
Pendedahan SPRM ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat Zeti pada Disember lepas.
Pada ketika itu, Zeti menafikan dirinya dan keluarga ada menerima sebarang dana dari 1MDB.
“Saya ingin ulangi bahawa keluarga dan diri saya tidak pernah menerima sebarang wang dari 1MDB. Tuduhan terhadap saya dan keluarga saya adalah palsu dan berniat jahat sepenuhnya” katanya
. -Buletin TTKM-