Dakwa difitnah, Ratu Naga buat laporan polis terhadap Mykmu.net

Bekas ketua penerangan PKR Wanita, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga membuat laporan polis terhadap portal Mykmu kerana mendakwa difitnah dalam satu artikel yang diterbitkan portal terbabit.

Beliau yang kini merupakan aktivis media sosial pro Bersatu berkata, portal tersebut menuduhnya menerima dana RM1 juta untuk membiayai pasukan sibernya tetapi dipecat kerana gagal memberikan impak dalam perang siber semasa PRN Melaka kali ini.

Katanya lagi, Mykmu.net mestilah membuat permohonan maaf kepadanya dalam satu minggu atau beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Saya setelah dipecat dari PKR, saya tidak masuk mana-mana parti atau ahli Bersatu. Saya langsung tiada jawatan dalam PN atau Bersatu, sebaliknya saya adalah bebas tetapi menyokong Perikatan Nasional.

Hanya PN sahaja yang menjiwai rakyat dan membantu rakyat kerana saya pernah berada dalam UMNO dan PH. Kedua-dua parti ini memang kuat temberang.”

Barisan Nasional memang selalu popular dengan kaki sakau dan penyamun. “

Pakatan Harapan pula terlalu kedekut dengan rakyat, bila minta bantuan semua minta supaya ikat perut” katanya.

Artikel terbitan Mykmu.net itu bertajuk “#PRNMELAKA2021: War Room Perikatan Nasional Ditutup” dan boleh dicapai di sini.

Sementara itu, satu lagi artikel dari portal lain, menurut Ratu Naga membuat serangan yang dirasakannya terlalu melampau.

“Kononnya (portal tersebut melaporkan) anak saya sudah meninggal dunia, mati dalam kandungan ketika saya mengandung.

Jikalau anda semua ada perasaan, sebagai ibu bapa, orang tuduh anak kita ini meninggal, apa perasaan anda? “

Saya sangat marah dan saya tak akan biarkan, dan pasti saya akan mengambil tindakan sewajarnya dan saya akan pastikan korang terima akibatnya.”

Selama ini korang nak fitnah saya, nak kutuk saya, selama ni saya diam, saya boleh kerana nak jadi politikus kalau tak boleh kena kritik memang bodoh namanya memang tak guna. “

Tapi saya tak pernah pun bercakap pasal anak-anak korang dah mat1 atau sebagainya. Cara ini dah melampau, sangat-sangat lampau. “

Ratu Naga turut berpesan kepada “macai-macai BN ” supaya tidak membuat fitnah memburuk-burukkannya kerana beliau bukannya calon bertanding pada PRN Melaka.

Walaupun tidak dinamakan Ratu Naga, Buletin TTKM mendapati artikel kedua itu merujuk kepada portal edisisiasat.com dalam tajuk “Ratu Badak Ada Zuriat?” yang diterbitkan pada 11 November lalu. Ia boleh diakses di sini

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.