Mohamaddin Ketapi ‘lompat masuk’ Bersatu

Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama Mohamaddin Ketapi semalam secara rasmi menjadi ahli baru Bersatu.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata permohonan keahlian Mohamaddin diperakui dan diterima dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam tadi yang dipengerusikan presidennya Muhyiddin Yassin.

“Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor malah ia juga akan memberikan manfaat besar kepada pembangunan serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang Mohamaddin wakili,” kata Hamzah menerusi kenyataan malam tadi di laman facebooknya.

Pada 30 Okt lalu Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana mendakwa ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.

Perkara itu berlaku setelah Warisan tewas dalam pilihanraya negeri Sabah yang diadakan pada september lepas.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Mas Ermieyati semalam membuat satu kaji selidik berhubung undang-undang lompat parti.

Borang kaji selidik itu dikongsikan beliau di laman facebooknya, tetapi ia menjadi bahan troll netizen di bahagian komen yang setakat hari ini mendapat lebih 1500 komen.

Rentetan itu, pentadbir laman facebook itu kini telah menghadkan komen dari netizen.

Untuk rekod, Mas Ermieyati sebelum ini merupakan ahli parlimen UMNO Masjid Tanah, yang kemudian menyertai parti Bersatu -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version