Rafiq letak jawatan sebagai pengerusi PN Melaka dan ketua Bersatu Melaka

Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Melaka berkuatkuasa serta merta.

Beliau sebelum ini tewas di DUN Teluk MAS pada pilihanraya negeri Melaka dan hanya mendapat 3,976 undi berbanding calon UMNO, ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN yang mendapat 6052 undi.

Kekalahan beliau diramalkan oleh Lim Guan Eng apabila PN mencalonkan Mas Ermieyati sebagai calon ketua menteri gabungan itu.

“Untuk mencalonkan Mas Ermieyati, tentu ia sesuatu pilihan baharu yang beri tamparan hebat kepada Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq.

“Bila pengumuman ini dibuat, ini bermakna Mohd. Rafiq akan kalah di Telok Mas yang memberi kelebihan sikit pada Mas Ermieyati,” kata Lim Guang Eng.

Mas Ermieyati turut tewas pada pilihanraya negeri itu yang menyaksikan PN hanya mendapat 2 kerusi yang disumbangkan oleh Bersatu.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI PN MELAKA & KETUA BADAN PIMPINAN BERSATU MELAKA


Assalamualaikum. Saya ingin memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka berkuatkuasa serta merta. Surat rasmi peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU/Pengerusi PN Esok.


Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka & Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka.


Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.


Peletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan & sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu & BERSATU Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.


Saya berharap & berdoa agar rakyat Melaka & Rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional pimpinan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan moga-moga Perikatan Nasional akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti.


DATUK WIRA MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Naib Presiden BERSATU

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.