Cyberjaya: Lebih 60 pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya positif COVID-19 dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang petang tadi.’
Baki pelajar masih ditempatkan di asrama sementara menunggu ujian saringan COVID-19 dilakukan ke atas mereka.
Terdahulu, hantaran mengenai kes covid di sekolah tersebut tular di twitter dan facebook.
Pada jam lebih kurang 8.40 malam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, telah mengadakan lawatan mengejut ke sekolah itu apabila menerima laporan mengenai hal tersebut lewat petang.
Pada perkembangan yang sama, para ibu bapa pelajar mendesak ujian saringan ke atas anak mereka dijalankan segera supaya pelajar dengan keputusan ujian negatif boleh pulang ke rumah.
Sementara itu, Buletin TTKM difahamkan taklimat oleh Pengarah Kesihatan Daerah Sepang bersama para ibu bapa pelajar melalui Google Meet pada jam 9 malam telah ditangguhkan ekoran lawatan mengejut menteri pendidikan.
Ketika berita ini ditulis, sesi taklimat kepada Menteri Pendidikan oleh Pengetua sekolah masih berjalan.
Belum ada sebarang kenyataan dari KKM mahupun KPM setakat ini.
Semenjak program vaksin kebangsaan dan bermulanya sesi persekolahan selepas fasa 3 PPN, insiden ini merupakan kes COVID-19 paling tinggi dicatatkan bagi sekolah berasrama penuh – Buletin TTKM-