Kluster SSP: Lagi 65 kes baharu, kumulatif 139 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat 65 kes positif covid-19 terbaru di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas mengadakan saringan terhadap 523 individu melibatkan 432 pelajar, 53 guru dan 38 petugas.

Dari 65 kes tersebut, 43 adalah pelajar, 13 guru dan 9 petugas.

Jumlah keseluruhan individu yang disaring sehinga jam 3 petang, 2 Disember 2021 adalah seramai 946 orang ( 849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas).

Kumulatif kes positif di sekolah berasrama penuh itu kini melonjak ke 139 orang melibatkan 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah kesihatan Negeri Selangor, kes-kes positif akan dirujuk ke PKRC MAEPS manakala kontak rapat akan ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.

tambahnya lagi, kesemua 139 kes yang positif berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan kategori 2A (bergejala tetapi risiko rendah).

Terdahulu, menteri kesihatan, Khairy Jamaludin mengesahkan 73 orang positif covid-19 di sekolah tersebut melibatkan 71 pelajar dan dua guru.

Beliau yang hadir memantau situasi di sekolah itu berkata, pada mulanya seorang guru dijangkiti Covid-19, malah saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam pelajar positif Covid-19.

Malam tadi, menteri kanan pendidikan, Radzi Jidin mengadakan lawatan mengejut ke sekolah terbabit selepas kes tersebut tular di media sosial.

Pada perkembangan yang sama, ibu bapa melahirkan rasa kecewa dengan pengurusan pihak sekolah yang tidak mengemaskini status kes sehingga menimbulkan kerisauan.

Kali terakhir mereka menerima kemaskini dari aplikasi telegram adalah pada 6 pagi semalam.

Kes index di sekolah itu melibatkan seorang guru yang mula dijangkiti pada 22 November 2021 -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version