Omicron sudah sampai ke Malaysia

Kuala Lumpur, 3 Dis: Kementerian Kesihatan mengesahkan Covid-19 varian Omnicron sudah dikesan di Malaysia.

Menurut menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, kes tersebut melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang diba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Beliau yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh Perak telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA.

“Kes telah diberi Perintah PEngawasan dan Pemerhatian di bawah seksyen 15, akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

“Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

“Kes juga telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala”k ata Khairy dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, Institut Penyelidikan Perubatan talah mengesahkan sampael ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan CT Valur 26.68 pada 20 November 2021.

“Kes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November 2021.

“Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang. Mereka telah menjalani saringan COVID-19 dan kuarnatin wajib dan ujian sampel pertama serta ke dua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif” katanya lagi. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version