RPK dedah ‘laporan SPRM’, siasatan Zeti-Nor dan ‘pembohongan’ Thomas.

Kuala Lumpur, 6 Disember: Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendedahkan apa yang didakwanya sebagai laporan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai wang RM2.6 billion yang dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang lebih dikenali sebagai RPK berkata, ketua sebuah bank memperoleh kelulusan dari gabenor bank negara, Zeti Akhtar Aziz untuk membawa masuk wang tersebut ke dalam negara.

“RM2.6 bilion itu masuk ke Malaysia dengan pengetahuan penuh dan kelulusan gabenor Bank Negara sendiri ” katanya dalam satu artikel di blognya.

Dalam artikel tersebut, RPK turut mendedahkan salinan yang didakwanya sebagai laporan SPRM setebal 14 muka surat bertajuk “Laporan kes Ambank” serta menyediakan pautan untuk memuat turun laporan itu.

“Dokumen 14 muka surat ini mendedahkan banyak maklumat baharu yang setakat ini belum didedahkan. Dokumen ini ditanda sebagai RAHSIA dan dilindungi Akta Rahsia Rasmi.” Kata RPK.

Dakwa RPK lagi, laporan tersebut mendedahkan AmBank telah terlibat dalam skandal 1MDB dan sepatutnya membayar denda sebanyak RM5 billion.

“Walau bagaimanapun, untuk melindungi reputasi dan kredibiliti AmBank sebagai saksi terhadap Najib Razak, maka dicadangkan supaya Ambank membayar kurang dari RM1 billion” kata RPK.

(AMMB Holdings Berhad setuju untuk membayar RM2.83 bilion bagi menyelesaikan semua tindakan dan tuntutan tertunggak berkaitan penglibatan AmBank dengan 1MDB pada Februari lalu menurut menteri kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz – Editor)

Dalam laporan itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamaed Yakcop turut dinamakan. Beliau didakwa mendapat RM85 juta melalui tawaran Sukuk 1MDB pada 2009 melalui akaun proksi di Singapura.

Untuk rekod, SPRM sebelum ini telah mengambil kenyataan beliau, tetapi tidak dipanggil untuk memberi kenyataan dalam perbicaraan Najib berhubung dana SRC International.

Mengenai Tommy Thomas, RPK mendakwa bekas peguam negara itu berbohong kerana mendakwa SPRM belum menyiapkan siasatan ketika beliau menjawat jawatan peguam negara dan pendakwa raya.

“Tommy Thomas berbohong bila menyatakan SPRM belum menyiapkan siasatannya ketika berkhidmat sebagai peguam negara. Menurut SPRM, laporan tersebut talah pun selesai pada 2019 ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dan Tommy Thomas ketika itu memang merupakan peguam negara” dakwa RPK.

Setakat ini, tiada kenyataan dari SPRM mahupun pihak yang disebut dalam laporan yang didedahkan RPK.

Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember ini. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version