Putrajaya, 8 dis: Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Hakim Abdul Karim berkata penangguhan pelaksanaan hukuman juga meliputi sabitan terhadap Najib, sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Abdul Karim berkata, syarat penangguhan hukuman adalah sama sepertiĀ diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin, dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.
Terdahulu, peguam Muhammad Shafee Abdullah berhujah penangguhan pelaksanaan boleh dilakukan bagi hukuman dan sabitan terhadap Najib.
Peguam itu berkata, ini lebih-lebih lagi kerana perayu adalah seorang penggubal undang-undang.
Bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan tenang pada paparan skrin Zoom susulan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa mahkamah mengekalkan denda RM210 juta dan penjara 12 tahun terhadap Najib Razak. -Buletin TTKM-