Kuala Lumpur, 8 Dis: Poster “Selamat Datang kepada Dato’ Seri Najib” ke Penjara Sungai Buloh adalah palsu.
Perkara itu dinyatakan laman facebook Jabatan Penjara Malaysia dengan meletakkan kapsyen ‘PALSU” pada poster tersebut dalam satu hantaran.
Pada bahagian bawah poster tersebut pula terdapat satu slogan tertulis “Sabun Jatuh Jangan Peduli” kononnya tulus ikhlas dari Jabatan Penjara Malaysia.
Terdahulu, mahkamah rayuan menolak rayuan Najib Razak terhadap terhadap hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Persekutuan. -Buletin TTKM-
1 Comment