Skandal Forex rugi RM31 bilion yang malukan negara -Najib

Transkrip penuh sidang akhbar Najib Razak melalui Zoom berhubung soalan wartawan mengenai kenyataan hakim mahkamah rayuan yang menyatakan aliran RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadinya bukan untuk kepentingan negara sebaliknya “hanya memalukan negara”.

Transkrip:

“Sudah tentu saya tersangat kecewa dengannya (kenyataan hakim itu) kerana sepanjang kareer saya, saya fokus kepada mempromosikan kepentingan negara. Seperti yang anda tahu, sepanjang khidmat saya sebagai perdana menteri, sebagai contoh, jumlah aset keseluruhan negara di bawah pemerhatian saya bertambah dari RM800 juta kepada RM2 trillion. Oleh itu, saya telah membina banyak kekayaan pada negara. Itu cuma satu contoh.

“Dan jika anda bercakap mengenai apa yang memalukan negara, terdapat insiden atau isu atau saya sebutkan sebagai skandal adalah isu sebagai contoh, skandal berkaitan pertukaran wang asing, isu Forex yang menyebabkan kerugian sebanyak RM31 bilion. Jika anda letakkan itu sebagai konteks, bukankah itu memalukan negara lebih besar? Saya cuma mahu meletakkannya pada perspektif yang lebih sesuai.

“Seperti yang anda tahu, ketika khidmat saya, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja, RCI untuk menyiasat keseluruhan episod kerugian RM31 bilion itu.

“Walau bagaimanapun, kerajaan Pakatan Harapan (yang lepas) telah membuat keputusan tidak meneruskannya dan mengklasifikasikannya sebagai tiada tindakan lanjut. Kerugian RM31 bilion telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. Cuma untuk meletakkan pada perspektif yang lebih sesuai (mengenai memalukan negara) ” – Najib Razak

-Buletin TTKM-

(Ketika PH menjadi kerajaan, perdana menteri ketika itu adalah Tun Dr Mahathir, perdana menteri yang sama ketika skandal forex berlaku pada tahun 90-an- Editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.