Skandal 1MDB : “Saya sokong RCI siasat Zeti dan Yakcop” – Kit Siang

Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang menyokong supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat peranan bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri kewangan 2, Nor Mohamed Yakcop yang dikaitkan dalam skandal 1MDB.

Beliau yang juga ahli parlimen DAP Iskandar puteri, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ahli majlis tertinggi UMNO, Puad Zakarshi yang menggelar Lim Kit Siang sebagai ahli politik paling hipokrit.

“Saya katakan kepada Puad bahawa saya tiada sebarang bantahan untuk sebarang suruhanjaya siasatan diraja terhadap peranan Zeti dan Mohd Yakcop dalam skandal 1MDB”, Kata Kit Siang di laman blognya.

Terdahulu, Puad berkata Lim Kit Siang langsung tidak mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat Zeti dan Yakcop.

Tambah Puad, Lim juga mendiamkan diri dan tidak mendesak penubuhan RCI terhadap pendedahan campur tangan politik dalam pelantikan Hakim dan Peguam Negara yang didedahkan dalam buku tulisan bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Untuk rekod, 10 manifesto 100 hari Pakatan Harapan antara satunya adalah untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal 1MDB.

Walau bagaimanapun, setelah lebih 600 hari PH menjadi kerajaan dimana Lim Kit Siang turut merupakan ahli parlimen kerajaan, RCI tersebut langsung tidak ditubuhkan. Malahan, anak beliau, Lim Guan Eng pula yang dilantik sebagai menteri kewangan oleh Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.