“Bersaralah”- Superman Hew beritahu Kit Siang.

Kuala Lumpur, 20 Dis: Bekas orang kuat DAP, Hew Kuan Yau menasihati tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang supaya bersara dari politik.

Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Lim berhubung pilihanraya negeri Sarawak, Hew berkata Lim seharusnya berhenti memberi komen mengenai politik.

“Boss, kurangkan bercakap, kurangkan membuang pengumuman, bersara awal dan biarkan orang baru memimpin DAP” kata beliau dalam satu hantaran di facebooknya.

Hew yang turut dikenali sebagai Supermen Hew meninggalkan parti pada tahun 2016 berhubung kenyataannya yang mendapat kritikan mengenai mengenai tuntutan Laut China Selatan.

DAP bertanding pada 26 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak tetapi hanya berjaya memenangi dua kerusi sahaja. Pada pilihan raya 2016, ia memenangi tujuh kerusi.

11 kerusi yang ditandingi pula hilang deposit, prestasi terburuk parti itu di Sarawak sejak tertubuhnya Pakatan Harapan.

Parti itu hanya mengekalkan kerusi Pending dan Padungan tetapi tewas di Kota Sentosa di tangan GPS, kubu kuat parti itu. Selain itu DAP turut tewas di Pujut, Pelawan, Bukit Assek dan Tanjung Batu.

Lim percaya DAP akan memenangi lima kerusi lagi jika tidak kerana peratusan keluar mengundi yang rendah dan perpecahan undi pembangkang.

Pada pilihanraya negeri Melaka baru-baru ini, pengerusi DAP Melaka mengambil tanggungjawab diatas prestasi hambar parti itu dan meletakkan jawatan.

Untuk rekod, pada 2019 ketika pilihanraya kecil Sandakan, Lim Kit Siang berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir tidak menyerahkan jawatannya kepada Anwar seperti yang dijanjikan.

Walau bagaimanapun, Lim Kit Siang tidak berbuat demikian apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang sekaligus

“Saya yakin bahawa Dr Mahathir akan memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan tersebut.Saya akan melepaskan jawatan sekiranya jawatan perdana menteri tidak dilepaskan kepada Anwar dan jika ada Pilihan Raya Umum Ke-15 juga saya tidak akan bertanding,” kata Kit Siang dalam ucapannya pada ceramah Pilihan Raya Kecil Sandakan DAP di Taman Mesra, Sandakan.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.