“Lillahi taala! Itu helikopter komersil”

Kuala Lumpur, 20 Dis: Pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie  yang juga menantu kepada perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata dirinya difitnah menaiki helikopter milik kerajaan untuk menyelamatkan diri akibat terkandas banjir.

Beliau bersumpah dengan nama Allah berkata helikopter yang dinaiki merupakan helikopter komersil dan bukannya aset kerajaan.

“Saya tak guna aset kerajaan. Lillahi taala, tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.

“Kamu semua nak maki hamun saya silakan, tapi itu semua fitnah. Kenapa tak guna helikopter untuk bantu orang ramai?

“Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu dan turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa,” 

Beliau berkata demikian pada satu hantaran di akaun instagramnya sambil menambah isu helikopter itu tak perlu dipanjangkan.

Ini berikutan ciapan tular di twitter yang mendakwa Jovian diselamatkan menggunakan helikopter mudah kerana status hubungan peribadinya sebagai ahli keluarga perdana menteri.

Kalau tak suka saya , unfollow saja.

Tambah Jovian lagi, beliau meminta warganet yang tidak menyukai beliau supaya tidak mengikuti akaunnya kerana menurutnya ada perkara lebih baik dilakukan seperti membantu negara dari mengkritik sesuatu yang tidak benar mengenai dirinya.

“Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena tular di twitter? Saya bantu ikhlas kali ini, sewaktu white PPE, Palestine mask, bendera putih mas dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang dan ikhlas” katanya,.

“Tolonglah buat perkara yang lebih baik lagi untuk negara daripada terus menghentam perkara yang tidak betul mengenai saya.

“Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat di luar sana.

“Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya,” jelasnya lagi. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.