Tularkan gambar operasi tangkapan Long Tiger: Polis ambil tindakan – KP Johor

Gambar Harian Metro

Johor Bahru, 29 Dis: Ketua polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata orang awam atau anggota polis yang terlibat menularkan gambar penangkapan Long Tiger akan diambil tindakan kerana perkara itu boleh mengganggu siasatan dan operasi susulan yang sedang dijalankan.

Sehubungan dengan itu, katanya polis Johor telah membuat laporan polis kerana memandang serius kes tersebut sambi menasihatkan orang awam supaya tidak menularkan perkara yang melibatkan operasi sulit polis.

” Pihak polis johor memandang serius berkaitan dengan kes ini dan tindakan tegas akan diambil dan siasatan dijalankan dibawah peruntukan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM50k dan penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali.” katanya.

Pada perkembangan yang sama, beliau berkata kertas siasatan telah dibuka terhadap seorang suspek yang menularkan gambar tangkapan Long Tiger di facebooknya.

“Setakat seorang individu suspek, pemilik facebook Jebat JD JD yang memviralkan gambar tangkapan dalam facebooknya. Kami telah pun buka siasatan bawah seksyen 233, akta komunikasi dan multimedia. Kita dah kenal pasti suspek ini berusia 43 tahun, berasal dari Klang, bekas anggota polis.” tambahnya lagi.

Sementara itu, ketua Polis Daerah (KPD) Tangkak bersama dua lagi pegawai berdepan tindakan tatatertib atas kesalahan kecuaian penyeliaan dalam penugasan sehingga menyebabkan Long Tiger lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan yang dibuka turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.

“Jika sudah siap kertas siasatan tatatertib, kita akan hantar ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, untuk penilaian dan tindakan susulan.

“Di Johor, kita beri tumpuan khusus kepada aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang sepatutnya menyelia serta memeriksa lokap sama ada lokap di mahkamah atau lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai.

“Turut berdepan tindakan, seorang anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun dan seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner yang terbabit dalam kecuaian menyebabkan kebocoran maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedah maklumat sulit yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda RM1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, jam 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut ditahan tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri. -Buletin TTKM-

Video ehsan TV3:



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: