“Troll adalah budaya politik tua dan lama” – Syed Saddiq

Presiden parti Muda, Syed Saddiq  Syed Abdul Rahman berkata budaya troll adalah budaya politik tua dan lama.

Beliau berkata demikian di akaun facebooknya selepas video beliau dan pasukannya menyodok lumpur di jalan dekat Kampung Puom di Titi tular dan menjadi bahan troll warga net.

Menjelaskan hal itu, katanya rombongan asal pasukan beliau adalah untuk menuju ke Kampung Telekung tetapi kampung itu sudah sesak dan dipenuhi dengan pasukan dari agensi kerajaan negeri, bomba dan JPAM. Oleh sebab itu, pasukannya membuat keputusan untuk patah balik.

Video sodok lumpur:

“Jadi, pasukan saya patah lah balik. Waktu patah balik, kita lalu kawasan Kampung Puom dan nampak rumah milik Makcik Sartini dan Pakcik Roslan.

Rumahnya terletak di kawasan rendah, menjadikan banjir lumpur bertakung di situ dan tak boleh mengalir keluar – boleh tengok gambar.Memang kami tak jangka situasi rumah begini teruk.

Kami datang bawa waterjet, kereta sorong, cangkuk pasir. Tak ada pula kami datang dari luar Negeri Sembilan bawa backhoe dan excavator.” katanya panjang lebar.

Terkejut melihat situasi banjir lumpur bertakung di situ, Syed Saddiq berkata beliau bersama sukarelawan berjumlah lebih 50 orang membantu dengan apa yang ada ketika itu.

“Nak tunggu backhoe, memang makan masa lama lah.

Sambil saya bantu ceduk lumpur dan bawa keluar, sambil pasukan saya telefon datang bawa backhoe dan mud pump.Itu sahaja.

Mana yang ada depan saya untuk dibantu, saya dan pasukan bantulah. Tapi ada juga yang troll macam-macam. Senyum sahajalah.” katanya lagi.

Terdahulu, warganet mempersoal mengapa operasi pembersihan itu tidak menggunakan pengkorek-kaut (backhoe) memandangkan lokasinya adalah di jalan dan bukannya di dalam rumah mangsa banjir.

Kredit FB Syed Saddiq.

Malah, ada segelintir warganet yang mentroll Saddiq dengan berkata tindakan beliau itu seperti sengaja bermain lumpur supaya dirinya dilumuri lumpur. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.