Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar dikecam warga net gara-gara menaikkan status di facebooknya menyindir insiden kayu balak di atas bumbung sebuah rumah.
Dalam status itu, beliau berkata “Peribahasa baru: kalau takut BALAK di atas bumbung jangan berumah di negeri Pahang” sambil menaikkan sekeping gambar menunjukkan sebatang balak bersama akarnya di atas bumbung sebuah rumah.
Setakat berita ini ditulis, hantaran tersebut mendapat lebih 800 komen di mana rata-ratanya mengecam tindakan ahli parlimen Pokok Sena itu yang dilihat tidak sensitif kerana menjadikan rakyat sebagai bahan jenaka.
“Rakyat juga jadi bahan jenaka. Mana rasa simpati drpd YB-YB ni?” komen Khalid Mohd Ismath.
“Nak troll orang lain pun yb Mahfuz Omar , tapi jangan guna musibah yang menimpa mangsa banjir. Selamba aje yb pergunakan gambar rumah mangsa banjir. Betul lah kata kawan saya, PH tu pun dah satu bencana buat negara apatahlagi jika Yb jadi menteri, lagi besar malapetaka. Stup1d” komen pengguna facebook lain, Nik Ainul.
Mohd Nadzril Ab Rahim pula mencadangkan Mahfuz supaya menutup akaun facebooknya ekoran troll yang tidak kena gaya dan tidak pandai menggunakan media sosial sambil meminta Mahfuz untuk tinggal di rumah jaga cucu serta membuat amal ibadah.
“YB…. Eh… Cam tak sedap panggil ko YB.. tak layak rasanya aku nak panggil nama tu.. Kalau nak orang hormat , orang berbudi bahasa… Ko kena la tunjukkan semua tu dekat orang lain. Baru orangg lain boleh respect ko.. Ni nak troll pun tak kene gaya… Kalau tak reti main media sosial.. Tutup je akaun fb tu.. Duk umah jaga cucu ke lagi bagus.. Buat amal ibadah… Hari semakin hampir.. X lama dh.. Dunia dh hujung2 zaman ni.” komen Nadzril.
“kalau tak membantu..lebih baik diam..nanti Allah swt bagi balasan kat korang baru korang tau..mahfuz ni satu hal.” komen Ala Aziz Ala.
Carian imej kebelakang ( reverse image search) mendapati imej tersebut pertama sekali dikongsikan oleh akaun facebook Parti Pejuang Tanahair DUN Labu N20 N9 8 Januari tahun lalu.
Minggu lalu, timbunan kayu-kayan dilihat terkumpul berhampiran jambatan di sungai Telemong di Bentong menimbulkan persoalan sama ada pembalakan menjadi penyebab banjir besar di daerah itu.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menafikan insiden terbabit berpunca dari aktiviti pembalakan sebaliknya menegaskan ia adalah disebabkan oleh kepala air. -Buletin TTKM-