Calon PM? : “Saya mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan”, kata Mukhriz

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan menjadi calon perdana menteri pada pilihanraya akan datang.

“Saya mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan.” jawabnya apabila ditanya sama ada dirinya mempunyai cita-cita untuk menjadi perdana menteri dalam program bual bicara BFM semalam.

Beliau turut menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri kerana masanya sudah berlalu.

“Saya rasa masanya sudah berlalu. Saya fikir ramai yang telah menyatakan demikian dalam PH sendiri.

“Sudah tiba masanya untuk kumpulan baru mengambil alih,” tambahnya.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya jika dirinya mempunyai “sebarang isu” dengan Anwar sebagai calon perdana menteri selepas dia berkata bahawa Pejuang tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH.

“Saya tidak menolak kemungkinan itu (bekerjasama dengan PH). Kami masih terbuka untuk perbincangan.

“Bagaimanapun, kita mempunyai isu tertentu (yang perlu kita bangkitkan) tentang sambutan pengundi Melayu terhadap PH,” katanya.

Ketika ini, Pejuang merancang untuk meletakkan 120 calon pada pilihan raya Parlimen akan datang.

Mukhriz turut berkata bakal sekutunya kini termasuklah Warisan dan Muda yang disifatkanya “sangat rapat” dengan Pejuang.

Untuk rekod, Pejuang merupakan parti serpihan Bersatu yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir setelah dipecat dari Bersatu pada 28 Mei 2020. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version