Tak salah minum kerana bukan memandu, parti Muda berbilang bangsa, kata Syed Saddiq

Presiden Muda, Syed Saddiq membidas tindakan penyebaran gambar beberapa lelaki dan Wanita yang meminum minuman beralkohol dengan memakai baju tertera perkataan MUDA oleh sesetengah pihak yang disifatkannya dilakukan mereka yang terdesak.

Kata beliau, Parti Muda adalah parti berbilang kaum maka bukan menjadi  kesalahan untuk minum (minuman keras) melainkan sekiranya  mereka memandu.

“MUDA wujud atas dasar toleransi. Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah.

“Kita hormat hak mereka & mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka.” katanya.

Mengenai tuduhan kononnya MUDA salah guna duit derma dengan beli minuman alkohol, Syed Saddiq menafikan hal tersebut.

“Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book. Semua sumbangan 100% disalurkan kepada mangsa banjir.

“Minggu lepas saya dah buat Sidang Media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu.”

“Semua urusan direkod dan akan diaudit.” katanya.

Syed Saddi percaya insiden ini adalah taktik murah dan lapuk digunakan sebagai taktik mereka yang terdesak.

” Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri.” katanya.

Terdahulu 4 keping gambar yang menjadi kontr0versi di media sosial itu dinaikkan oleh laman facebook “Ops Johor” dan setakat ini mendapat lebih 500 perkongsian. – Buletin TTKM –

Kenyataan penuh Syed Saddiq:

NAK PERLEKEH KERJA MUDA BIARLAH BERAKAL

Hari ni ada pihak yang tular gambar ada orang pakai baju MUDA dan di atas meja – ada minuman alkohol.

Gambar ini tular dengan dakwaan macam-macam. Ada kata;

“Minum besar ea geng partimuda. Guna duit crowdfunding ke?”
“Bangsa Johor kena bijak memilih”
“Minum dulu baru buat kerja”

Ha, ini semua formula sama yang digunakan pihak yang tak senang dengan kerja MUDA.

Kalau tak boleh tunjuk mereka berkhidmat untuk rakyat, mereka main lah isu agama, isu sensasi, isu yang merendahkan nilai & imej MUDA.

Saya pantang apabila ada tuduhan bukan-bukan, lagilah wang sumbangan rakyat. Ini penjelasan saya:

  1. MUDA tak guna duit sumbangan untuk beli minuman alkohol

Ini tuduhan paling tak masuk akal. MUDA is an open book. Semua sumbangan 100% disalurkan kepada mangsa banjir.

Minggu lepas saya dah buat Sidang Media dan tunjuk semua resit transaksi Mari Bantu.

Semua urusan direkod dan akan diaudit.

Tak perlu nak buat tuduhan kononnya MUDA salah guna duit beli minuman alkohol.

  1. MUDA adalah parti berbilang bangsa dan agama

MUDA wujud atas dasar toleransi. Selagi apa yang dibuat itu mengikut lunas undang-undang, tak apa lah.

Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.

Kita hormat hak mereka & mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka.

Saya percaya taktik murah dan lapuk ini adalah taktik mereka yang terdesak. Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri.

Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang.

Saya sudah pesan kepada MUDA – Jangan terikut-ikut budaya tua dan lapuk begini. Fokus pada kerja dan khidmat kepada rakyat.

Berani kerana benar. Kalau nak tahu lebih lanjut dengan perbelanjaan MUDA, boleh datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA.

Kalau nak bantu Misi Banjir MUDA, boleh pergi ke sini. Kita dah bantu lebih 5,000 keluarga dengan sumbangan tunai dan in kind lebih RM3.2 juta.

Bantu sini: https://maribantu.my/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.