Edisi Siasat minta Azam Baki hantar surat saman cepat sikit.


Kuala Lumpur, 7 Jan: Akaun twitter Edisi Siasat meminta Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki supaya mempercepatkan tindakan menghantar surat saman terhadapnya.

“Cepat sikit ye hantar saman tu. Ha Ha Ha” ciap akaun twitter tersebut sambil mengepilkan tajuk berita portal Malaysia Now yang bertajuk “KP SPRM Bakal ambil tindakan undang-undang, pemilik twitter ‘edisi siasat’ bakal diheret’.

Walaubagaimanapun, tajuk artikel tersebut kini ditukarkan kepada “Azam bidas dakwaan terhadapnya, pertimbang tindakan undang-undang”.

Pada perkembangan yang sama, akaun twitter itu petang tadi menaikkan ciapan mengenai maklumat peribadi adik Azam Baki.

“Kalau ada sesiapa mahu mengenali adik Azam Baki, ini dia.” kata akaun twitter itu.

Pada ciapan tersebut, gambar serta beberapa maklumat peribadi seperti nombor telefon, nombor kad pengenalan, , alamat rumah serta milikan kenderaan adik azam baki didedahkan.

(Buletin TTKM tidak menerbitkan maklumat tersebut pada artikel ini- Editor)

Akaun tersebut seringkali mendedahkan salah laku orang atasan tetapi sehingga ke saat pemilik akaun twitter itu masih menjadi tanda tanya.

Terdahulu pada Rabu, Azam Baki berkata pendedahan mengenai dirinya dibuat bagi memburukkan reputasinya yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun bersama SPRM sambil menambah tindakan undang-undang bakal diambil kepada pihak-pihak yang didakwa ‘berniat jahat’ itu.

“Mengenai tuduhan saya mengawal banyak syarikat, ini pembohongan oleh pihak-pihak tersebut untuk menjatuhkan reputasi saya,” katanya.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya. Oleh itu setelah mendapat nasihat peguam, saya membuat tindakan undang-undang terhadap mereka yang cemarkan reputasi saya.”

Wartawan penyiasatan, Lalitha Kunaratnam semalam menjadi sasaran pertama apabila menerima surat tuntutan dari Azam Baki melalui dua artikelnya di portal theinsnews.com.

Perkara tersebut disahkan Lalitha menerusi laman Twitternya.

“Saya sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: