“Kami mewakili seluruh warga SPRM sokong Azam Baki” – 3 timb ketua SPRM

KENYATAAN MEDIA SPRM

Memorandum Sokongan Kepada Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM

Kami mewakili seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan pendirian kami menyokong kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.

Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta.

Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi

Datuk Seri Norazlan bin Mohd Razali

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan

Dato’ Junipah Binti Wandi

Timbalan Ketua Pesuruhjay aPengurusan dan Profesionalisme

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIAPUTRAJAYA9 JANUARI 2022

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.