Isu ‘rugikan’ KWSP dan Felda, Najib jawab dakwaan Ong Kian Ming

Oleh : Datuk Seri Najib Razak.

Minggu lepas, Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming membuat kenyataan media untuk membangkitkan isu pembelian syarikat perladangan sawit Indonesia Eagle High Plantations (EHP) sebagai bukti bahawa Najib tidak mengutamakan kepentingan pencarum KWSP dan FELDA.


Pembelian EHP oleh FELDA pada tahun 2016 di bawah kerajaan BN masa saya PM menjadi bahan propaganda besar PH kononnya saya “merompak” atau “menipu” FELDA dan menyebabkan FELDA rugi berbilion-bilion sebab harga pembelian blok saham kepentingan 37% adalah lebih tinggi berbanding harga saham masa itu.


Sebagai contoh:
“Felda diperkuda zaman Najib. Beli ladang Indonesia AS$505.4 juta. Nilai sekarang AS$60 juta. Rugi AS$445.4 juta,” tulis A Kadir Jasin”
dan.. “Kertas Putih Felda: ‘Najib kelirukan orang awam dan peneroka’ – Muhyiddin”

Tapi paling menyedihkan ialah pengarah FELDA pernah disuruh kerajaan PH dahulu untuk membuat laporan polis kononnya saya telah tipu FELDA dengan pembelian EHP.


Ketika itu, saya pernah cabar kerajaan PH untuk dedahkan perjanjian FELDA membeli saham EHP sebab saya nak Rakyat dan warga FELDA tahu bahawa pembelian ini dilengkapi dengan ‘put option’ yang membolehkan kita menjual semula kepentingan 37 peratus ekuiti itu pada harga beli asal bersama dengan caj faedah tahunan 6 peratus ditanggung oleh penjual Indonesia itu.

Namun, kerajaan PH tidak sambut cabaran saya dan meneruskan propaganda mereka terhadap saya sebab undi warga FELDA sangat penting.

Sehingga mereka susut nilaikan aset EHP dalam buku akaun mereka dan menyebabkan FELDA mengalami kerugian besar bagi akaun tahun 2017 (dibuat tahun 2018 masa PH berkuasa) biarpun wujudnya “Put Option” ini.

Sebab itu, saya mengambil keputusan untuk mendedahkan sekerat kecil kertas putih FELDA untuk buktikan bahawa “Put option” ini wujud.


Tapi Atok dan kerajaan PH amat sakit hati dan mahu ambil tindakan terhadap saya di parlimen kononnya saya telah langgar embargo parlimen.

“Tindakan akan diambil ke atas Najib kerana dedah dokumen embargo – Dr Mahathir”

(Atok merupakan gelaran diberikan Najib kepada Tun Dr Mahathir – Editor)

Namun, mereka tidak berjaya sebab saya dedahkan bahawa ianya parlimen sendiri yang langgar embargo sebab sudah muat naikkan kertas putih tersebut dalam laman web mereka masa itu sehari sebelum tempoh embargo tamat.

Berikutan Rakyat Malaysia disedarkan dengan put option ini, Azmin Ali pula tuduh Najib tipu sebab FELDA telah mengaktifkan Put Option tersebut tetapi penjual kononnya tidak mahu memenuhinya.
Kononnya mahu sekolahkan saya masa itu.


“However, Azmin pointed out that Felda has exercised the put option, but is facing a hard time regaining the US$505.4 million as Rajawali was now fighting the move.”


April 2019: Felda’s RM2b at risk: Azmin schools Najib on ‘put option'”

Tapi apa yang tidak didedahkan Azmin masa itu ialah “Put option” ini hanya akan berkuat kuasa pada ulang tahun ke-5 tarikh penyempurnaan pembelian EHP iaitu pada 11 Mei 2022 dan bukan sebelumnya pada tahun 2019.


The put option is exercisable at FELDA’s discretion on the fifth anniversary of the completion date of the acquisition, which is May 11, 2022.”

Perjanjian menyebut hanya pada tahun 2022 tapi kamu mahu buat pada tahun 2019 lalu nak tuduh Najib tipu?


Lalu, FELDA pula digunakan sekali lagi bahawa Put Option itu memberi pulangan yang terlalu rendah bagi polisi pelaburan mereka.

“Eagle High put option’s 6% return lower than Felda investment policy allows”

Cerita pun tukar sekali lagi. Dari Najib tipu FELDA sehingga menyebabkan kerugian berbilion-bilion bagi FELDA ke Najib buat pelaburan yang tidak memberi pulangan yang cukup besar bagi FELDA.


Eagle High put option’s 6% return lower than Felda investment policy allows”

Sebenarnya, satu sen dana FELDA pun tidak digunakan untuk pembelian EHP ini.
Kerajaan terbitkan Sukuk dengan kadar faedah sekitar 3% lalu pinjamkan wang itu pada FELDA untuk membeli EHP dengan kadar pulangan sekurang-kurangnya 6%.


Jadi, dari mana datangnya Najib tipu dan rugikan dana FELDA dengan pembelian EHP?


Masa kami pertimbangkan EHP, kita melihat potensi jangka masa panjang EHP sebab keluasan ladangnya adalah sebesar 310,000 ekar atau 4.4 kali ganda seluruh keluasan Singapura, Kawasan yang sudah ditanam juga merupakan pokok-pokok muda yang belum mula berbuah.


Kita juga faham bahawa sekiranya nak ambil blok kepentingan saham yang sebesar 37%, kita tidak boleh lihat pada harga saham semasa dan mesti ada premium (pemain saham akan faham konsep ini). Kita sedia bayar premium sebab wujudnya “Put Option” tersebut yang akan menjamin keuntungan.


Biarpun dana pembelian sebenarnya dari kerajaan pusat dan bukan dari FELDA, kita letak EHP ini bawah FELDA dan bukan bawah Khazanah atau lain-lain institusi sebab ingin beri peluang kepada FELDA untuk jamin masa depan mereka pada ketika tidak ada banyak lagi tanah yang sesuai di Malaysia untuk membuka ladang baharu.


(Niat saya nak untungkan FELDA diputar belit oleh geng PH menjadi Najib tipu dan jahanamkan FELDA pula sebab PH dan PPBM nak tipu undi FELDA)


Jadi, dari mana kita akan dapat peluang lagi untuk melabur di negara jiran dengan keluasan ladang yang begitu besar dengan harga RM2.2 bilion?

Lagipun untuk melindungi pembelian ini, kita ada Put Option yang jamin FELDA tidak akan rugi satu sen pun dengan pembelian EHP.

Penjamin pula adalah individu ke-20 paling kaya di Indonesia dengan kekayaan RM8.5 bilion.

Sekiranya EHP tidak berjaya, FELDA akan mendapat semula seluruh harga pembelian campur faedah 6% setahun.
Sekiranya EHP berjaya maka pulangan jangka masa panjang bagi FELDA adalah jauh lebih besar.


Tahun lepas iaitu tahun ke-4 selepas FELDA beli, EHP mula mencatat keuntungan setelah pokok-pokok mudanya mula berbuah dan harga sawit dunia cecah rekod tertinggi RM5,000 satu tan.
Keuntungan operasi EHP:

  • 9 bulan pertama 2019: Rugi 387b Rupiah (RM112 juta)
  • 9 bulan pertama 2020: Rugi 185b Rupiah (RM53.7 juta)
  • 9 bulan pertama 2021: Untung 168b Rupiah (RM48.8 juta)


Dan akan terus menaik pada keadaan harga sawit tinggi dan pengeluarannya semakin meningkat.
Saya difahamkan bahawa penjual EHP kepada FELDA akan menunaikan Put Option tersebut pada Mei 2022 seperti dalam perjanjian sebab FELDA sudah menyampaikan surat rasmi untuk tuntut Put Option ini dilaksanakan sejak tahun 2019


Saya juga difahamkan bahawa penjual tidak lagi berminat untuk teruskan pemilikan FELDA dalam EHP memandangkan FELDA tidak memberi kerja sama untuk jayakan dan mengstruktur semula pinjaman EHP dan menyebabkan nilai saham EHP semakin menurun sejak FELDA menyertai syarikat tersebut dan juga memandangkan jumlah pengeluaran EHP semakin tinggi dan harga sawit pada tahap rekod tertinggi.


Jadi, pada bulan Mei 2022 apabila Put Option ini disempurnakan dan FELDA mendapat semula keseluruhan dana RM2.2 bilion campur faedah 6% dengan sedikit keuntungan, adakah Atok, Azmin, Ong Kian Ming, Bekas Pengarah yang diperkudakan PH, Pak Kadir, Abah Kau dan yang lain akan meminta maaf pada saya?


Sepatutnya, segala pelaburan dan rancangan kerajaan bagi kepentingan negara perlu dilihat bagi jangka masa panjang – bukan dijahanamkan oleh propaganda menipu yang akhirnya merugikan negara.


Tapi nasi sudah jadi bubur sebab manifesto bukan kitab suci. -Buletin TTKM-


Penulis merupakan bekas perdana menteri dan artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.