Khalid Samad dibenarkan poligami, serah banglo, penthouse kepada isteri.

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam membenarkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Zaiton Abu Bakar.

Hakim Abdul Halim Abdullah membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaiton bagi melakukan penyelesaian secara baik dengan suaminya di hadapan beliau.

Peguam dari Tetuan Asri Musa & Co yang mewakili Zaiton, Nurfarhana Abd Manaf berkata, anak guamnya mengarahkan untuk berbincang secara baik dengan Khalid bagi memastikan hak-hak sebagai isteri pertama ditunaikan.

“Kita telah membuat satu perjanjian persetujuan Khalid dengan defendan antaranya adalah nafkah isteri direkod dan diputuskan di hadapan hakim.

“Khalid sebagai plaintif bersetuju hendak memberikan sebuah rumah banglo diduduki mereka sekarang bersama sebuah penthouse yang mana kedua-duanya terletak di Shah Alam, ditukar kepada Zaiton.

“Kemudian beliau juga bersetuju memberikan sebuah kereta yang sedang digunakan iaitu Proton X70 selain tambahan elaun iaitu kad kredit kepada defendan. Selain itu, dalam perjanjian tersebut turut direkodkan nafkah bakal isteri yang akan diberikan,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Khalid dan isterinya kelihatan tenang dan berjalan seiringan menuju ke tempat meletak kenderaan di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Disember lalu. Gambar Sinar harian.

Menurutnya, pertukaran nama terhadap hartanah dan kereta di atas nama Zaiton akan dilakukan sebaik sahaja bayaran sewa beli dan ansuran diselesaikan.

Pada 8 Disember lalu, Zaiton memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap permohonan poligami oleh suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah sebelum Pendaftar Mahkamah, Norbyetty Mohd Nasir membenarkannya dan menetapkan sebutan semula pada 20 Disember lalu.

Sementara itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dari parti Amanah itu ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah dan menolak hal peribadinya perlu dikaitkan dengan pendiriannya dalam parti.

“Itu isu peribadi, tak perlu hendak diheboh-hebohkan, saya cuma ikut peraturan sahaja. Cadangan saya kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan undang-undang, ikut peraturan,” katanya.

Ketika menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan selama 22 bulan sewaktu kerajaan Pakatan Harapan , pendapatan Khalid Samad menurut portal pengisytiharan harta SPRM adalah RM 56,049.40 sebulan manakala asetnya berjumlah RM1,880,000.00.

Ketika itu, beliau sering ditroll netizen sebagai menteri ‘broker’.-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: