Skandal 1MDB:  SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad kepada AG 

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.

Menurut laporan FMT, ia dimaklumkan bahawa kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini adalah berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.

Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu.

“(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu kepada FMT.

Menurut sumber itu, polis telah mengambil keterangan Tawfiq pada tahun lepas berhubung “penerimaan wang ke dalam akaun milik beliau di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan (bon) RM5 bilion oleh Ambank pada tahun 2009.”

“Siasatan SPRM memberi tumpuan kepada pemulangan aset yang mana setakat ini telah berjaya memperoleh sebanyak AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq,” katanya.

Mac lalu, polis dilaporkan menyiasat Tawfiq berhubung dana kaitan 1MDB yang didakwa di salurkan ke sebuah akaun bank miliknya di Singapura.

Pada November lalu, bekas peguam negara, Tommy Thomas berkata siasatan mengenai peranan bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan suaminya dalam skandal 1MDB belum disiapkan ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

Tambahnya, siasatan terhadap 1MDB oleh SPRM pada masa itu menimbulkan tujuh atau lapan pendakwaan terhadap pihak berbeza

“Pada peringkat itu, kertas siasatan SPRM belum selesai mengenai Zeti dan lain-lain. Saya tidak pernah berpeluang melihat kertas siasatan itu.

“Apa yang saya akan katakan ialah, jika kertas siasatan selesai dan jika ada kes yang kukuh dan meyakinkan, pendakwa raya akan melakukan yang perlu,” katanya dalam temu bual.

Beliau turut mengakui tahu mengenai Zeti dan suaminya telah memudahkan Jho Low dalam urusan 1MDB.

Sebelum itu, polis Singapura dilaporkan memaklumkan Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan pada tahun 2015 dan 2016 melibatkan syarikat milik suami Zeti dan anaknya.

Transkasi itu membabitkan dana daripada akaun yang dikaitkan kepada Jho Low.

Ketika itu, Zeti adalah gabenor Bank Negara.

Minggu lalu, Zeti dan Mohamed dilaporkan disiasat oleh SPRM.

Menurut Utusan Malaysia, siasatan itu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pada November lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana yang dikaitkan dengan 1MDB telah diperoleh dari Singapura dipegang oleh syarikat Cutting Edge Industries Ltd. yang dimiliki oleh Datuk Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara dan Samuel Goh.

Dalam satu kenyataan, SPRM turut menyatakan setakat ini ia berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB, membabitkan nilai RM20.5 bilion.

 SPRM ini bercanggah dengan kenyataan yang dibuat Zeti pada Disember lepas.

Pada ketika itu, Zeti menafikan dirinya dan keluarga ada menerima sebarang dana dari 1MDB.

“Saya ingin ulangi bahawa keluarga dan diri saya tidak pernah menerima sebarang wang dari 1MDB. Tuduhan terhadap saya dan keluarga saya adalah palsu dan berniat jahat sepenuhnya” katanya.

Untuk rekod, pendedahan mengenai isu ini pertama kali menjadi perhatian apabila ia dilaporkan oleh akhbar The Edge Februari lepas.

Terjemahan laporan itu dibuat Buletin TTKM :

Tiada komen dari Zeti mahupun Nor Mohamad Yakcop mengenai perkembangan terbaru ini- Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version